Jawatan Kosong 2026 di Pejabat Menteri Besar Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Menteri Besar Johor
Jawatan:
1. PEGAWAI TADBIR N19
Syarat Lantikan:
i) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia;
b)
i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N9: RM2,250.00); atau
ii) Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N9 : RM2,470.00)
ii) Syarat Kelayakan Bahasa Melayu :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang – kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.
Tarikh Tutup Permohonan : 13 Februari 2026 (Jumaat)
Objektif
- Menjadi pemacu kepada kecemerlangan pentadbiran dan kemajuan Negeri Johor.
- Merancang, melaksana dan menyelaras segala perkhidmatan kepada masyarakat dengan mengamalkan konsep Kerajaan Berwawasan, Adil dan Efisien.
- Memberi perkhidmatan perakuan permohonan, rayuan pemilikan tanah, surat-surat sokongan, urusan perjumpaan dan temujanji YAB Menteri Besar Johor.
- Menentukan keberkesanan di dalam merancang dan melaksanakan program-program pembangunan secara menyeluruh.
- Menentukan masyarakat yang progresif dan berdikari dapat diwujudkan hasil daripada perancangan dan pelaksanaan program pembangunan secara cekap dan berkesan.
- Menentukan bahawa setiap program pembangunan diterima oleh kumpulan sasar terutamanya di kawasan yang kurang maju samada di kawasan bandar atau luar bandar.

