Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) - 22 April 2026 [108 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2026 di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


Jawatan:

1. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S1 - 108 Kekosongan


Klasifikasi Perkhidmatan : Sosial
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Kementerian/Jabatan : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,500.00
Gaji Maksimum : RM4,680.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00


Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; serta Lulus dalam subjek Bahasa Arab, Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).
(Gaji permulaan pada Gred S1: RM1,500.00); atau

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S1: RM1,561.00); atau

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S1: RM1,622.00).




Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 22 April 2026 (Rabu), jam 11.59 malam





Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)-banyakjawatan

Sejarah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن كماجوان اسلام مليسيا; singkatan: JAKIM) merupakan agensi kerajaan Persekutuan di Malaysia yang mentadbir hal ehwal agama Islam di Malaysia. Pentadbirannya diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia.