Jawatan Kosong 2026 di Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan
Jawatan:
1. PEMBANTU PENGUAT KUASA GRED KP1 - 14 Kekosongan
Klasifikasi Perkhidmatan : Keselamatan dan Pertahanan Awam
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Kementerian/Jabatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan
Jadual Gaji
Gaji Minimum : RM1,500.00
Gaji Maksimum : RM4,680.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Syarat Lantikan:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
bekas anggota polis atau tentera yang sekurang- kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,561.00); atau
SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,622.00).
Cara Memohon:
Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sahaja. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-
Tarikh Tutup Permohonan : 20 April 2026 (Isnin), jam 11.59 malam
Sejarah
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ialah kementerian utama kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab memastikan bekalan makanan negara mencukupi, selamat, dan berterusan. Ia memainkan peranan penting dalam membangunkan sektor pertanian moden serta menjamin keterjaminan makanan (food security) untuk rakyat.

