Jawatan Kosong 2026 di Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Selangor Technical Skills Development Centre (STDC)
Jawatan:
1. PEGAWAI PENILAI – SEKTOR TEKNOLOGI MAKLUMAT
Taraf Jawatan : Kontrak
Lokasi : Kampus Kuala Selangor
Syarat Kelayakan:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 25 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Mempunyai sekurang-kurangnya DKM Pentadbiran Sistem Komputer (IT-020-4:2013) atau DLKM Pengurusan Sistem Komputer (IT-020-5:2013);
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan kepujian dalam Bahasa Melayu;
- Mempunyai Diploma Pengajaran TVET (TVET-I) dan Sijil Induksi PP/PPD/PPB; dan
- Berpengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang pendidikan TVET dan industri.
Cara Memohon:
Kemukakan resume/cv berserta gambar berukuran passport terkini dan juga salinan sijil dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan melalui email hr@stdc.edu.my atau ke alamat di bawah selewat-lewatnya pada 25 MEI 2026.
JABATAN SUMBER MANUSIA,
SELANGOR TECHNICAL SKILLS DEVELOPMENT CENTRE (STDC),
JALAN SEMARAK,
45000 KUALA SELANGOR, SELANGOR.
(u/p: Puan Noridah binti Ismail)
Tarikh permohonan pada : 25 Mei 2026 (Isnin)
Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor atau Selangor Technical Skills Development Centre yang dikenali sebagai STDC merupakan institusi pendidikan teknikal yang bernaung di bawah kerajaan negeri dan Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) sebagai pemegang saham terbesar di dalam syarikat.
STDC, dahulunya dikenali sebagai INPENS International College (INPENS) telah ditubuhkan pada tahun 1993. Ketika ini INPENS berorientasikan bidang akademik. Walau bagaimanapun pada tahun 2006, INPENS telah menumpukan bidang TVET sebagai teras pendidikan. Seterusnya, bagi memperkasakan INPENS sebagai institusi TVET di Selangor, kerajaan Negeri Selangor telah membuat penjenamaan semula INPENS kepada STDC pada 25 Ogos 2020 yang telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Bin Shari.
Terletak di Kuala Selangor, kampus STDC mempunyai kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang lengkap seperti kelas berhawa dingin, bengkel amali, dewan auditorium, pusat sumber, surau, kafeteria dan lain-lain. Bagi merangsang aktiviti ko-kurikulum, STDC mempunyai kemudahan rekreasi seperti padang bola sepak, futsal,bola jaring, badminton dan lain-lain. Selain itu, STDC mempunyai barisan Tenaga Pengajar (Instruktor) yang berkelayakan disamping kemudahan pembelajaran mengikut keperluan industri dan terkini.

-banyakjawatanmy.png)