Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Kolej Profesional MARA (KPM) - 5 Jun 2026

Jawatan Kosong 2026 di Kolej Profesional MARA (KPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Kolej Profesional MARA (KPM).


Jawatan:

KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM) BANDAR PENAWAR, JOHOR.

1. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK (GRED J1)

KATEGORI SIJIL KEKОМРЕТENAN A0/A1/A4-2/A4-1/A4/B0-2/BO1/B0/B1/B4


Syarat Utama Lantikan:

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

3. Calon bagi lantikan jawatan tersebut hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perakuan Kekompetenan Sebagai Penjaga Jentera yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (Kategori : A0/A1/A3/A4) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


Permohonan dan Kaedah Pelaksanaan:

i. Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu (1) jawatan sahaja.

ii. Pemohon hendaklah memohon jawatan berdasarkan kelayakan yang dimiliki tepat dengan bidang yang diiklankan

iii. Permohonan boleh dibuat terus dengan menghantar 'Resume' seperti alamat di bawah yang mengandungi maklumat-maklumat berikut:-

a. Nama Jawatan yang dimohon
b. Butir-butir peribadi
c. Nombor Telefon dan Emel
d. Salinan Sijil Kelulusan Akademik (Salinan disahkan benar)
e. Salinan Sijil Perakuan Kekompetenan oleh Suruhanjaya Tenaga (Salinan disahkan benar)
f. Salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan (Salinan disahkan benar)
g. Gambar terbaru berukuran passport (3 keping)
h. Salinan lesen-lesen atau sijil-sijil berkaitan

iv. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dan mengikut kelayakan yang dinyatakan.

v. Semakan pengiktirafan kelayakan ijazah doktor falsafah / ijazah sarjana / ijazah sarjana muda / diploma boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu: www2.mqa.gov.my/esisraf.

vi. Pemohon yang melepasi saringan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

vii. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.

PENGARAH
KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR PENAWAR
JALAN UNGKU ABDUL AZIZ
81930 BANDAR PENAWAR, JOHOR
NO. TEL: 07-884 2222/213/218
Emel: farhana.jabbar@mara.gov.my / hafiz.ramli@mara.gov.my


* Sebelum membuat permohonan, sila baca iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 05 Jun 2026




Jawatan Kosong di Kolej Profesional MARA (KPM)-banyakjawatanmy

Pengenalan

Kolej Profesional MARA (KPM) merupakan institusi pendidikan tinggi di bawah seliaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menawarkan pelbagai program pengajian peringkat sijil dan diploma berteraskan bidang profesional, perniagaan, teknologi maklumat, dan komunikasi.