Jawatan Kosong 2026 di Majlis Bandaraya Diraja Klang | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Bandaraya Diraja Klang
Jawatan:
1. JURUUKUR BAHAN GRED J9
2. JURUAUDIT GRED W9
3. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA5
4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N5
5. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED JA5
6. PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA5
7. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U5
8. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED JA5
9. PEMBANTU AKAUNTAN GRED W1
10. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U1
11. JURUFOTOGRAFI GRED B1
12. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT1
13. PEMBANTU TADBIR (PENGAWAS) GRED N1
14. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 – PEMANDU KENDERAAN
15. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1 – PEMBANTU AWAM
*Sila baca maklumat iklan di atas sebelum membuat permohonan melalui link yang disediakan di bawah.
Tarikh Tutup Permohonan : 29 Mei 2026 (Jumaat)
Latar Belakang
Penguasa Tempatan Klang telah ditubuhkan pada bulan Mei 1890 yang ketika itu dikenali sebagai Lembaga Kesihatan Klang untuk mentadbirkan Bandar Klang. Sempadan rasmi telah ditetapkan pada tahun 1895 manakala pada tahun 1926 kawasannya telah digabungkan dengan Port Swettenham dan pada bulan Disember 1945 telah diubah menjadi Lembaga Bandaran Klang. Perubahan dalam pentadbiran seterusnya berlaku apabila terbentuknya Majlis Bandaran Klang pada tahun 1954. Dengan sistem pentadbiran ini Klang membangun dengan pesatnya sehingga pada tahun 1971 apabila Pelabuhan Klang, Kapar dan Meru telah dirangkumkan menjadi Majlis Daerah Klang. Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan penyusunan semua penguasa tempatan, Majlis Daerah Klang telah dinaikkan ke taraf yang ada sekarang iaitu Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 1 Januari, 1977.

