Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) - 31 Mei 2026

Jawatan Kosong 2026 di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)


Jawatan:

1. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA5


Cara-cara Memohon:

Semua permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui Sistem Permohonan Jawatan Kosong MPJ sepenuhnya dengan melayari https://bit.ly/PermohonanJawatanMPJ_052026. Iklan Jawatan Kosong ini juga boleh dicapai dengan melayari Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Jasin (http://www.mpjasin.gov.my).

Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada anak kelahiran Negeri Melaka.

Pemohon mestilah memenuhi syarat lantikan yang telah ditetapkan dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon sebelum memohon jawatan. Skim Perkhidmatan boleh dirujuk dengan klik pada pautan iklan jawatan kosong di Laman Web Rasmi MPJ.

Permohonan secara dalam talian ini hendaklah disertakan dengan gambar terkini berukuran pasport, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil Kelahiran, salinan Sijil Berhenti Sekolah, salinan Sijil Kelayakan Akademik dan salinan sijil-sijil yang berkaitan bagi menyokong permohonan jawatan ini. Sila pastikan setiap dokumen yang dimuat naik tersebut hendaklah DISAHKAN.

ljazah / Diploma / Sijil yang diberi pengiktirafan oleh Kerajaan Malaysia sebelum Januari 2017 boleh disemak menerusi Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) melalui capaian http://www2.mqa.gov.my/esisraf, manakala Program yang diberi pengiktirafan Kerajaan mulai Januari 2017, boleh disemak pada Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR) melalui capaian http://www2.mqa.gov.my/mqr/ dan melampirkannya bersama borang permohonan.

Pegawai-pegawai Kerajaan / Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang sedang berkhidmat dikehendaki membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A dan melampirkan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemas kini serta Laporan Penilaian Prestasi 3 tahun yang terkini.


* Sila baca iklan lengkap sebelum membuat permohonan melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mei 2026 (Ahad).


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap Jawatan



Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Jasin (MPJ)-banyakjawatanmy

Pengenalan

Penubuhan Majlis Daerah Luar Bandar Jasin (Jasin Rural District Council) telah diwartakan dibawah seksyen 399, Municipal Ordinan yang berkuatkuasa mulai 23 Ogos 1957.

Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), maka pada 1 Julai 1978, Majlis Daerah Luar Bandar Jasin telah disusun semula dan dinamakan sebagai Majlis Daerah Jasin.

Pada 1 Januari 2007, Majlis Daerah Jasin telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Jasin melalui Warta Kerajaan yang disiarkan pada 28 Disember 2006. Majlis Pengisytiharan rasmi telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri Melaka pada 17 Januari 2007 di Stadium Jasin.

Pejabat  Majlis Perbandaran Jasin terletak di Jalan Besar Jasin. Bangunan pejabat  ini telah dibina pada 12 Mei 1937 oleh Persatuan India Jasin semasa  pemerintahan Raja George VI.