Jawatan Kosong 2026 di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB)
Jawatan:
1. PEGAWAI TADBIR (N9)
2. JURUTERA (J9)
3. PENOLONG JURUTERA (JA5)
4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (N5)
5. PENOLONG JURUAUDIT (W5)
6. PEMBANTU TADBIR (P/O) (N1)
7. PEMBANTU PENGUAT KUASA (KP1)
8. PEMBANTU KHIDMAT AM (H1)
*Sila baca maklumat lanjut di atas sebelum membuat permohonan melalui link yang admin sediakan di bawah.
Tarikh Tutup Permohonan : 16 Mei 2026 (Sabtu)
Latar belakang
Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) adalah organisasi Majlis Kerajaan Negeri yang menjalankan operasi di sekitar bandar Kota Bharu yang meliputi 65 seksyen. Keluasan kawasan pentadbiran MPKB adalah 19,542 hektar atau 195.42 kilometer persegi yang merangkumi kawasan dari Pantai Cahaya Bulan ke Pantai Sabak di sebelah utara, kawasan yang bersempadan dengan kawasan Batu 5, Jalan Pasir Mas dan Jalan Kuala Krai ke jambatan Pasir Tumboh di sebelah selatan, Sungai Pengkalan Datu dan Wakaf Stan di sebelah timur dan disebelah barat Sungai Kelantan.
Pengenalan
Bandar Kota Bharu telah ditubuhkan pada tahun 1844 dan diisytiharkan sebagai pusat pemerintahan Negeri Kelantan oleh Kebawah Duli Yang Mulia Al-Marhum Sultan Muhammad Ke-II. Pada tahun 1936, bandar Kota Bharu dinaik tarafkan sebagai Majlis Bandaran Kota Bharu (MBKB). MBKB telah dimansuhkan dan ditukarkan kepada Lembaga Bandaran pada tahun 1971. Pada tahun 1978 Lembaga Bandaran Kota Bharu disusun semula dan dinaik tarafkan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu pada tahun 1978.

-banyakjawatan.png)