Jawatan Kosong 2026 di Pejabat Menteri Besar Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Menteri Besar Johor
Jawatan:
1. PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1
Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,500.00
Gaji Maksimum : RM4,680.00
Gaji Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Elaun-Elaun:
Imbuhan Tetap Perkhidmatan Awam : RM115.00
Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
Bantuan Sara Hidup : RM350.00
Syarat Lantikan:
(i) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred H1 : RM1,500.00); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau
* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.
Tarikh Tutup Permohonan : 22 Mei 2026 (Jumaat) 5:00 Petang
Objektif
- Menjadi pemacu kepada kecemerlangan pentadbiran dan kemajuan Negeri Johor.
- Merancang, melaksana dan menyelaras segala perkhidmatan kepada masyarakat dengan mengamalkan konsep Kerajaan Berwawasan, Adil dan Efisien.
- Memberi perkhidmatan perakuan permohonan, rayuan pemilikan tanah, surat-surat sokongan, urusan perjumpaan dan temujanji YAB Menteri Besar Johor.
- Menentukan keberkesanan di dalam merancang dan melaksanakan program-program pembangunan secara menyeluruh.
- Menentukan masyarakat yang progresif dan berdikari dapat diwujudkan hasil daripada perancangan dan pelaksanaan program pembangunan secara cekap dan berkesan.
- Menentukan bahawa setiap program pembangunan diterima oleh kumpulan sasar terutamanya di kawasan yang kurang maju samada di kawasan bandar atau luar bandar.

