Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang - 26 Mei 2026

Jawatan Kosong 2026 di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Tanah dan Galian Pahang


Jawatan:

1. PENOLONG JURUAUDIT GRED W5 (Contract For Service)

Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

- Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

- Bidang Kelayakan Akademik : Perakaunan.

a. Sijil dalam bidang Pengajian Perniagaan atau Penyimpanan Kira yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W5: RM1,650.00);

atau

b. Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred W5: RM1,650.00);

atau

c. Diploma Perakaunan atau Diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan, Kewangan atau Perbankan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W5: RM1,893.00);

atau

d. Licentiate of the Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang Pentadbiran Kewangan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W5: RM2,136.00).


* Sila baca iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 26 Mei 2026 (Selasa) jam 11.59 malam.





Jawatan Kosong di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang

Latar Belakang

Pentadbiran tanah  telah diwujudkan sejak tahun 1920an lagi. Manakala Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang (PTG) telah ditubuhkan pada tahun 1948 dibawah pentadbiran K.A. Blacker. Pentadbiran ini pernah berpusat di Tingkat 4, Wisma Sri Pahang dan kemudian berpindah ke Kompleks Tun Razak pada tahun 1984. Pada Tahun 2011, PTG Pahang akhirnya beroperasi di Bangunan PTG, Bandar Indera Mahkota. Pentadbiran ini  bertujuan untuk menguruskan serta mentadbir sumber tanah secara lebih baik.