Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Suruhajaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) - 27 Mei 2026

Jawatan Kosong 2026 di Suruhajaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Suruhajaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM : SPM

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N1 - 6 Kekosongan

1.2   Kementerian/Jabatan : SPA
1.3   Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
1.4   Taraf Jawatan : Kontrak
1.5   Kekosongan : Pusat Temu Duga SPA Sibu, Sarawak
1.6   Skop Tugas : Membantu pengoperasian urusan temu duga calon dan urusan hal ehwal pentadbiran di Pusat Temu Duga SPA

JADUAL GAJI:  RM 2,000.00 (Gaji Pukal)


Syarat Lantikan: 

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

Warganegara Malaysia;

Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 55 tahun  pada tarikh tutup iklan jawatan; 

Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

Berdisiplin, menepati masa dan mampu menjalankan tugas dengan  pengawasan minimum.


Cara-cara Memohon:

Pemohon perlu mengemukakan dokumen seperti   berikut:

•  Gambar berwarna terkini berukuran pasport (tidak dikembalikan)

•   Resume

•   salinan MyKad

•   salinan sijil kelahiran

•   salinan kelulusan akademik (SPM)

•   salinan sijil berhenti sekolah dan lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 9 ke atas).

Maklumat permohonan yang lengkap perlu diemelkan kepada upsm@spa.gov.my atau dihantar ke alamat berikut:

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
ARAS 11, BLOK F1, KOMPLEKS F
NO. 2, LEBUH PERDANA TIMUR A, PRESIENT 1
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62000 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)


Semua kekosongan jawatan adalah di Arkib Negara Malaysia. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 13 - 27 Mei 2026



Jawatan Kosong di Suruhajaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)-banyakjawatanmy

Latar Belakang

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris.

Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara Rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan