Jawatan Kosong 2026 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP)
Jawatan:
1. PEGAWAI TADBIR GRED N9
Syarat Kelayakan Minimum:
1. Warganegara Malaysia;
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
i. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4. Calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang pembangunan wanita, sosial dan kebajikan adalah digalakkan.
Cara mohon:
Calon-calon yang berminat dan memenuhi kelayakan sila kemukakan permohonan berserta RESUME lengkap dengan salinan sijil-sijil yang berkaitan.
Catatan Am:
1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
3. Peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Negeri Pahang, dipelawa kepada Warganegara Malaysia khususnya warga Negeri Pahang yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kontrak ini.
Sila kemukakan permohonan kepada:
Unit Pembangunan Organisasi,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang,
Tingkat 2, Blok B, Wisma Sri Pahang,
25503 KUANTAN
atau emel ke: pobpsm@pahang.gov.my
* Sila baca iklan lengkap sebelum membuat permohonan melalui link yang admin sediakan di bawah.
Tarikh Tutup Permohonan : 01 Jun 2026 (Isnin) Jam 11.59 Malam
Latar Belakang
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) ditubuhkan pada tahun 1960 mengikut Enakmen Suruhanjaya No. 22/1960. Kemudian Enakmen SPANP No. 22/1960 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Enakmen SPANP. No. 7/1991 yang mula berkuatkuasa mulai 01 Januari 1992. Pada Tahun 2019, semakan semula telah dibuat dan digantikan dengan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri 1991 [Enakmen 21].

-banyakjawatan.webp)