Jawatan Kosong 2026 di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
Jawatan:
1. TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN JARINGAN INDUSTRI (HEP&JI)
Kumpulan : Pengurusan Tertinggi (Khas B)
Taraf Jawatan : Kontrak
Klasifikasi : Terbuka
Tempoh Lantikan : 2 tahun
Cara Memohon:
Calon-calon boleh mengemukakan permohonan secara bertulis beserta dokumen dokumen rasmi seperti berikut:
a) Curriculum vitae (CV) yang lengkap
b) Sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan)
c) Salinan sijil akademik dan transkrip
d) Salinan kad pengenalan
e) Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan
f) Key Performance Indicator (KPI) dan ringkasan mengenai perancangan
sekiranya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan
Jaringan Industri (HEP&JI)
Permohonan yang lengkap hendaklah dialamatkan kepada :
Naib Canselor
Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am
Universiti Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan
33000 Bandar Diraja Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan
Emel : human_resource@usas.edu.my
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Unit Perjawatan
Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am
Universiti Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan
33000 Bandar Diraja Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-6182800
Tarikh Tutup Permohonan : 15 Jun 2026
* Sila baca iklan lengkap sebelum membuat permohonan melalui link yang admin sediakan di bawah.
Pengenalan
Sejarah Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) bermula pada tahun 1999, memperlihatkan transformasi cemerlang dari sebuah kolej menjadi universiti penuh. Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) ditubuhkan di bawah Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1996, di atas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ketika itu, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.
Penubuhannya direalisasikan pada tahun 1999 dengan kampus sementara yang terletak di Jalan Dato’ Seri Shaari, Off Jalan Raja DiHilir, Ipoh dan dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 16 Oktober 1999. KISDAR ditubuhkan di bawah Enakmen Bil. 3 Tahun 2000, Enakmen Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Enakmen ini dibentang dan diluluskan oleh Dewan Negeri Perak pada 19 November 2001 dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 6 Mac 2002.

-banyakjawatanmy.webp)