Jawatan Kosong 2026 di Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd
Jawatan:
1. OPERATOR / PENOLONG OPERATOR – SHEETFED (PRINTING)
Tanggungjawab Utama:
Mengendalikan mesin cetak Sheetfed mengikut jadual dan arahan pengeluaran.
Membantu proses machine setup, make-ready, printing dan finishing bagi memastikan kelancaran operasi.
Memastikan hasil cetakan menepati spesifikasi dari segi warna, registration, kualiti dan kuantiti.
Memantau operasi mesin sepanjang proses percetakan dan mengambil tindakan sekiranya terdapat masalah.
Memastikan penggunaan kertas, dakwat dan bahan percetakan dibuat dengan betul bagi mengurangkan pembaziran.
Melaksanakan pemeriksaan asas serta menjaga kebersihan dan keadaan mesin.
Mematuhi SOP, keselamatan tempat kerja dan standard kualiti yang ditetapkan syarikat.
Merekod maklumat pengeluaran dan melaporkan sebarang kerosakan atau masalah mesin kepada penyelia.
Memastikan kawasan kerja sentiasa bersih, kemas dan selamat.
Melaksanakan tugasan lain yang berkaitan dengan operasi pengeluaran apabila diperlukan.
Syarat Kelayakan:
Minimum SPM / SKM atau kelayakan yang setaraf.
Pengalaman dalam industri percetakan atau mengendalikan mesin Sheetfed adalah satu kelebihan.
Calon tanpa pengalaman tetapi mempunyai minat untuk mempelajari operasi mesin percetakan boleh dipertimbangkan bagi jawatan Penolong Operator.
Mempunyai pengetahuan asas berkaitan proses percetakan merupakan satu kelebihan.
Bersedia untuk bekerja secara shift dan kerja lebih masa (OT) apabila diperlukan.
Seorang yang bertanggungjawab, berdisiplin dan menepati masa.
Mampu bekerja secara individu dan dalam pasukan.
Mempunyai tahap kesihatan dan fizikal yang sesuai untuk bekerja dalam persekitaran pengeluaran.
Lokasi kerja: Ultimate Print Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor.
Cara mohon:
1. Adalah dimaklumkan bahawa, permohonan kerja untuk jawatan kosong di atas hendaklah dibuat secara online di portal Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd sendiri.
2. Sila klik pautan link yang disediakan di bawah post ini. Selepas itu, klik pada jawatan yang hendak di mohon. Akhir post setiap jawatan ada button "mohon sekarang"
3. Sila isikan segala butir-butir yang dikehendaki oleh portal tersebut. Semoga berjaya.
Tarikh Tutup Permohonan : 15 Oktober 2026
Latar Belakang
Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd merupakan antara kumpulan media dan penerbitan yang terkenal di Malaysia. Karangkraf terlibat dalam penerbitan buku, majalah, akhbar serta kandungan digital, selain mengembangkan perniagaannya melalui pelbagai platform media bagi memenuhi perubahan cara masyarakat mendapatkan maklumat dan kandungan.
Sejarah Karangkraf bermula pada tahun 1978 apabila syarikat diasaskan oleh Dato’ Hussamuddin Yaacub bersama keluarganya. Bermula sebagai sebuah perniagaan penerbitan berskala kecil, Karangkraf berkembang menjadi sebuah kumpulan media tempatan yang menghasilkan pelbagai bahan bacaan dan penerbitan untuk pasaran Malaysia.
Sepanjang perkembangannya, Karangkraf membina portfolio penerbitan yang merangkumi majalah, buku dan media berita. Antara jenama yang mempunyai kaitan rapat dengan kumpulan ini ialah Sinar Harian, yang dilancarkan pada tahun 2006 dan berkembang sebagai akhbar berbahasa Melayu dengan liputan berita nasional, negeri, semasa dan digital.
Beroperasi dari Shah Alam, Selangor, Kumpulan Media Karangkraf terus menyesuaikan operasinya dengan perkembangan industri media melalui penerbitan bercetak dan platform digital. Dengan pengalaman selama beberapa dekad, kumpulan ini terus memainkan peranan dalam industri penerbitan dan media tempatan serta menghasilkan kandungan untuk pembaca di seluruh Malaysia.

