Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
💼 Copyright ©
❤️‬ BANYAKJAWATANMY ‪
Bookmark

Jawatan Kosong di Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia) - 8 Oktober 2026

Jawatan Kosong 2026 di Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa (PLANMalaysia)


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM : IJAZAH SARJANA MUDA

1. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J9 (14 KEKOSONGAN)



Jadual Gaji:

Gaji Minimum : RM2,529.00
Gaji Maksimum : RM9,643.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00


Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J9: RM2,690.00); atau

Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Geografi, Ekonomi, Sains Sosial, Antropologi atau Perangkaan yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Ijazah Sarjana atau Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang Perancangan Bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J9: RM2,690.00); atau

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Awam dan Ijazah Sarjana atau Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang Perancangan Bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J9: RM2,910.00); atau

Ijazah Sarjana Muda Seni Bina dan Ijazah Sarjana atau Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang Perancangan Bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J9: RM3,130.00).


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:

Merancang, menyedia, menyelia dan menyelaras kajian rancangan pembangunan dan pelan-pelan pembangunan serta membuat laporan teknikal dan memberi nasihat perancangan termasuk pelan tata-atur.


Tarikh Tutup Permohonan : 08 Oktober 2026 (Khamis)





Jawatan Kosong di Jabatan Perancang Bandar Dan Desa (PLANMalaysia)

Sejarah:

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa atau dikenali dengan nama PLANMalaysia merupakan salah satu Jabatan di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). PLANMalaysia adalah peneraju perancangan bandar dan desa di Malaysia bagi meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara menjelang 2030.

Jabatan ini memberi khidmat nasihat perancangan bagi kawasan bandar dan desa serta membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyediakan rancangan pemajuan di semua peringkat tempatan.

-->