Jawatan Kosong 2026 di Yayasan Perak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Yayasan Perak
Jawatan:
1. PENGURUS SUMBER MANUSIA DAN PENTADBIRAN GRED N41
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Jawatan : Kontrak/ Tetap
Gaji : Berdasarkan pengalaman dan kelayakan
Gaji Minimum : RM 2,080.00
Gaji Maksimum : RM 9,546.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 225.00
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia; dan
(b) Berumur tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak lebih daripada 50 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Organisasi, Pentadbiran Awam, Pentadbiran Perniagaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Berperanan penting dalam mengurus dan menyelaras keseluruhan aspek sumber manusia dan pentadbiran organisasi merangkumi pengurusan perkhidmatan, perjawatan, prestasi, latihan dan pembangunan kompetensi, kebajikan, tatatertib, hubungan pekerja serta pentadbiran pejabat bagi memastikan operasi organisasi.
2. EKSEKUTIF KEWANGAN GRED W29
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Taraf Jawatan : Kontrak/ Tetap
Gaji : Berdasarkan pengalaman dan kelayakan
Gaji Minimum : RM 1,500.00
Gaji Maksimum : RM 5,678.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia; dan
(b) Berumur tidak kurang daripada 28 tahun dan tidak lebih daripada 50 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Diploma dalam Perakaunan, Kewangan, Pentadbiran Perniagaan atau bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
(d) Ijazah Sarjana Muda dalam Perakaunan, Kewangan, Pentadbiran Perniagaan atau bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas:
Berperanan penting dalam membantu perancangan, pelaksanaan dan penyelesaian hal ehwal kewangan organisasi serta memastikan kedudukan kewangan yang stabil dan telus.
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah
Tarikh Tutup Permohonan : 27 Oktober 2026 (Selasa)
Latar Belakang
Pada Januari 2004 genaplah 100 tahun bangunan Yayasan Perak. Bangunan ini mempunyai sejarah kronologinya yang tersendiri. Bangunan ini mula dibina pada Januari tahun 1904. Ia dibangunkan sebaris dengan penempatan awal pekan Ipoh. Pembinaan bangunan ini dilaksanakan oleh P.C.J. W. Birch iaitu Residen ke empat Negeri Perak yang merupakan anak kepada J.W.W Birch. Residen pertama Negeri Perak yang mentadbir Negeri Perak dari tahun 1900 hingga 1912. Pembinaan bangunan ini bermula pada tahun 1902 dan siap pada tahun 1904. Pekerja terdiri daripada orang-orang Cina dan Jawa.
Bangunan ini pada asalnya adalah 2 tingkat dan mempunyai loteng. Tingkat bawah dibina menggunakan batu bongkah manakala tingkat atas adalah daripada kayu, rotan dan buluh. Bangunan ini diubahsuai mengikut peredaran masa sehinggalah dilihat pada hari ini.
Semasa bangunan ini di bawah pentadbiran P.C.J. W. Birch, beliau menjadikan bangunan ini sebagai stor menyimpan barang, tempat mengeluar lesen mendulang dan gudang menyimpan barang-barang keperluan untuk berurusniaga.

