Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kolej MARA Kuala Nerang - 31 January 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong Terkini 2017 di Kolej MARA Kuala Nerang | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kolej MARA Kuala Nerang

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Kolej MARA Kuala Nerang


Latar Belakang

Kolej MARA Kuala Nerang atau ringkasnya KMKN, memulakan operasi dan misi utamanya dalam mendidik anak bangsa bermula pada 1 Disember 1994. Pembinaannya telah menelan belanja sebanyak RM16 juta di dalam kawasan seluas 36 ekar yang terdiri daripada bangunan pentadbiran, bangunan akademik dan kolej kediaman (asrama).

En. Mat Zuber bin Ramli adalah Pengetua pertama yang mengisi kekosongan jawatan tersebut. Beliau berjaya mentadbir pengurusan kolej dengan baik dan diikuti oleh pengetua-pengetua lain selepasnya sehingga Pn. Hjh. Shaariah mengambil alih kerusi tersebut pada 11 Januari 2007. Walau bagaimanapun, gelaran Pengetua telah diubah kepada Pengarah selaras dengan Surat Pekeliling Am MARA Bil.2/2008 yang dikeluarkan pada 7 April 2008. Kepimpinan yang cemerlang dibawah pentadbiran pengetua dan pengarah membolehkan pihak kolej berjaya merangkul Anugerah Kualiti MARA empat tahun berturut-turut.



Jawatan:


1. PEMBANTU MAKMAL C19



Syarat Kelayakan:

Sila rujuk iklan di bawah sebelum memohon.


Cara memohon:

Sila kemukakan surat permohonan secara rasmi bersama Resume dan salinan-salinan sijil yang telah disahkan, salinan surat beranak dan salinan kad pengenalan dan dokumen-dokumen yang berkaitan serta 2 keping gambar berukuran passport dan dihantar kepada:

Pengarah
Kolej MARA Kuala Nerang
06300 Kuala Nerang, Kedah Darul Aman
Tel : 04-7867250/255
Fax : 04-7867254


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2017




Post a Comment