Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) - 1 March 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong Terkini 2017 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE)


Latar Belakang

Kementerian Pendidikan Malaysia ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Matlamatnya ialah untuk:


  • melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  • melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
  • menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
  • memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.


Menteri Pelajaran Malaysia yang pertama ialah Tun Abdul Razak, dan Menteri terkini merupakan Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid dibantu timbalan Menteri, Dato' P. Kamalanathan & Senator Datuk Chong Sin Woon



Jawatan:


1. PENOLONG PENGARAH DG41/42/44(KUP)


Syarat-syarat Permohonan:

Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perkara 21. Setiap pemohon yang berkelayakan hendaklah mengemukakan resume yang lengkap dan disertakan dengan Salinan Buku Rekod Perkhidmatan, Kenyataan Cuti yang telah disahkan, Salinan sijil yang disahkan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.


Semua permohonan hendaklah dihantar kepada:

Pengarah
Bahagian Pendidikan Swasta
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2, Blok E 2,
Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pentadbiran dan Kewangan)

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang tidak dihubungi dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan dan isu berkaitan dengan permohonan jawatan ini, boleh menghubungi Unit Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8884 9543 / 9507.



Tarikh Tutup Permohonan : 01 March 2017



Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Post a Comment