Jawatan Kosong Terkini 2017 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Latar Belakang
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sebagai sebuah legasi pendidikan DYMM Sultan Selangor yang sentiasa dipelihara dan disantuni menjadi pemangkin tradisi ilmu dan penyatuan umat Islam di negeri Selangor, KUIS berusaha melahirkan Da’i, Ulama dan Umara.
Berpaksikan motto “Pemangkin Tradisi Ilmu”, serta keindahan kampus yang bercirikan senibina sejarah kegemilangan Islam Andalusia, KUIS telah bergerak bersandarkan visi dan misi mendepani segala cabaran serta perubahan secara agresif dan proaktif bagi mencapai sebuah institusi pendidikan yang menyediakan program pengajian akademik yang terteraskan tauhid dan sesuai dengan keperluan zaman kini serta keperluan fizikal yang seiring dengan “niche” Islam yang menepati halatuju pendidikan Islam dan Dasar Pendidikan Negara yang berkualiti dalam menuju sebuah Universiti Islam dalam tempoh yang terdekat. Usaha ini didokong oleh saf para pensyarah serta warga kerja yang memiliki sifat sebagai mudarris, mu`allim, muaddib, murabbi, dan mursyid.
KUIS menawarkan program pengajian di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah yang telah memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) merentasi pelbagai disiplin ilmu termasuk pengajian Islam, pengajian perniagaan, perbankan Islam, pendidikan, komunikasi, dan teknologi maklumat yang berdaya saing dan kompetitif.
Jawatan:
1. PEMBANTU AM RENDAH LANDSKAP N1
Tarikh Tutup Permohonan : 20 Februari 2017 (Isnin)
2. PENSYARAH DK41
Tarikh Tutup Permohonan : 20 Februari 2017 (Isnin)
2. PENSYARAH DK41
Tarikh Tutup Permohonan : 17 Februari 2017 (Jumaat)
Permohonan hendaklah sampai kepada:
KETUA BAHAGIAN PENGURUSAN INSAN
PEJABAT PENDAFTAR
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)
BANDAR SERI PUTRA 43000 KAJANG
SELANGOR DARUL EHSAN
Klik Maklumat Iklan Lengkap & Borang
Post a Comment
Post a Comment