Jawatan Kosong di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - 18 April 2017 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2017

Jawatan Kosong di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - 18 April 2017

Jawatan Kosong 2017 di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kolej Universiti Insaniah (KUIN)

Jawatan Kosong 2017 di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

Idea penubuhan INSANIAH ini tercetus apabila dua orang Pegawai Tinggi kerajaan negeri, pada tahun 1993 iaitu Yang Berhormat Dato' Paduka Hj. Ahmad Basri Mohd Akil, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah dan Tuan Hj. Sukri Hashim, Pengurus Besar Yayasan Islam Negeri Kedah (YIK) telah mengadakan lawatan ke Kaherah Mesir, untuk meninjau pelajar Kedah yang menuntut di Universiti Al-Azhar dan meneliti kebajikan mereka. Bermula dari sini, timbul cadangan untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri, mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi Islam di negeri Kedah Darul Aman.

Sehubungan itu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu, Tan Sri Dato' Sri Hj. Osman Hj. Arof telah mengarahkan agar dibuat satu kertas kerja yang berkonsepkan penubuhan Institut Pengajian Tinggi Islam di negeri Kedah yang melaksanakan satu program berkembar dengan Universiti Al-Azhar, Mesir dan mengadakan lawatan kerja bagi membuat perundingan awal ke Universiti Al-Azhar pada 26 hingga 31 Mac 1994.


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F29


Cara Memohon:

Calon hendaklah memohon secara online di laman web syskuin.insaniah.edu.my/rekrut/ (link di sediakan di bawah). Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar dengan mengemukakan maklumat diri (Resume) beserta sekeping gambar berukuran passport dan salinan sijil-sijil berkaitan yang disahkan beserta Wang Pos sebanyak RM5.00 di atas nama Bendahari Kolej Universiti INSANIAH. Borang dan dokumen berkenaan hendaklah dicetak dan dipos/ dihantar ke alamat berikut:

PENDAFTAR,
Kolej Universiti INSANIAH,
09300 Kuala Ketil,
Kedah Darul Aman, Malaysia.


Tarikh Tutup Permohonan : 18 April 2017 (Selasa)

0 Response to "Jawatan Kosong di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - 18 April 2017"

Post a Comment