Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) - 5 June 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Jawatan Kosong 2017 di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) www.banyakjawatan.my


Latar Belakang

Kementerian Pendidikan Malaysia ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Matlamatnya ialah untuk:

melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Menteri Pelajaran Malaysia yang pertama ialah Tun Abdul Razak, dan Menteri terkini merupakan Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid dibantu timbalan Menteri, Dato' P. Kamalanathan & Senator Datuk Chong Sin Woon


Jawatan:

1.  GURU INTERIM TAHFIZ DAN GURU INTERIM DINI - 109 Kekosongan



Keterangan Program:

1.1. Tajuk: Pengambilan Guru Interim Tahfiz dan Guru Interim Dini di sekolah menengah KPM ambilan tahun 2017.

1.2. Nama Jawatan: Guru Interim Tahfiz/ Guru Interim Dini.

1.3. Tempoh Interim: Sehingga tamat latihan Kursus Dalam Cuti (KDC) di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan akan dilantik tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Sekiranya berjaya dalam temu duga, perkhidmatan sebagai Guru Interim akan tamat secara automatik pada tarikh kuasa pelantikan tetap. Sekiranya tidak berjaya mengikuti latihan KDC kerana tidak memenuhi syarat kemasukan, gagal menyempurnakan latihan KDC, gagal dalam temu duga, tidak hadir temu duga atau hadir tetapi tidak ditemu duga lantikan tetap oleh pihak SPP, perkhidmatan sebagai Guru Interim akan ditamatkan dengan sebulan notis.


Calon-calon hendaklah:

2.1. Warganegara Malaysia;

2.2. Sihat tubuh badan;

2.3. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2017;

2.4. Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya Lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pendidikan Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat atau bidang-bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Universiti Awam (UA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau universiti luar negara yang diiktiraf oleh
Kerajaan Malaysia;

2.5. Calon Guru Interim Tahfiz disyaratkan memiliki Diploma Tahfiz atau Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM);

2.6. Bagi calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat/Tahfiz Wal Qiraat dikecualikan daripada syarat pada para 2.5;

2.7. Memperoleh salinan cetakan pengiktirafan kelayakan secara dalam talian dan bertepatan dalam tempoh pengiktirafan sekiranya memiliki ijazah atau diploma daripada UA atau IPTS tempatan dengan merujuk kepada laman sesawang Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di alamat http://app.mohe.gov.my/iktiraf/, atau memperoleh surat pengiktirafan ijazah daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) secara bertulis atas nama calon (bukan cetakan secara atas talian) sekiranya memiliki ijazah daripada universiti luar negara; dan

2.8. Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah. 


Tarikh Tutup Permohonan : 05 June 2017 (Isnin)


Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Post a Comment