Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) - 26 May 2017

Post a Comment
Jawatan Kosong 2017 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Jawatan Kosong Terkini 2017 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


Latar Belakang

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sebagai sebuah legasi pendidikan DYMM Sultan Selangor yang sentiasa dipelihara dan disantuni menjadi pemangkin tradisi ilmu dan penyatuan umat Islam di negeri Selangor, KUIS  berusaha melahirkan Da’i, Ulama dan Umara.

Berpaksikan motto  “Pemangkin Tradisi  Ilmu”, serta keindahan kampus yang bercirikan senibina sejarah kegemilangan  Islam Andalusia, KUIS  telah  bergerak bersandarkan visi dan misi mendepani segala cabaran serta perubahan secara agresif dan proaktif bagi mencapai sebuah institusi pendidikan yang menyediakan program pengajian akademik yang terteraskan tauhid dan  sesuai dengan keperluan zaman kini serta keperluan fizikal yang seiring dengan “niche” Islam yang menepati halatuju pendidikan Islam dan Dasar Pendidikan Negara yang berkualiti dalam menuju sebuah Universiti Islam dalam tempoh yang terdekat. Usaha ini didokong oleh saf para pensyarah serta warga kerja yang memiliki sifat sebagai mudarris, mu`allim, muaddib, murabbi, dan mursyid.

KUIS menawarkan program pengajian di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah yang telah memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) merentasi pelbagai disiplin ilmu termasuk pengajian Islam, pengajian perniagaan, perbankan Islam, pendidikan, komunikasi, dan teknologi maklumat yang berdaya saing dan kompetitif.


Jawatan:

1. JURULATIH/TENAGA PENGAJAR KOKURIKULUM
[130 Kekosongan dalam bidang berlainan]


Kelayakan & Syarat Minimum:

1) Mempunyai Sijil kelayakan yang diiktiraf dalam bidang berkaitan atau setaraf dengannya.

2) Berdedikasi dan mampu memberikan komitmen sepenuhnya dalam menjalankan tugas.

3) Tiada rekod jenayah sivil atau syariah atau disabitkan dengan tindakan tatatertib Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Bagi pegawai yang berkhidmat di KUIS).

4) Diperakukan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab (Bagi pegawai yang berkhidmat di KUIS)..

Kriteria Penilaian:

1. Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman;

2. Pematuhan adab dan sikap;

3. Kecekapan dan prestasi kerja;

4. Kriteria-kriteria lain yang ditetapkan oleh Seksyen Aktiviti, Kokurikulum, Sukan & Rekreasi, BPM dari semasa ke semasa.


Syarat Tambahan:

1. Bagi yang pernah dilantik menjadi jurulatih atau tenaga pengajar kokurikulum sebelum ini boleh juga memohon akan tetapi tertakluk kepada syarat-syarat minimum dan kriteria pemilihan yang telah ditetapkan oleh Seksyen Aktiviti, Kokurikulum,Sukan & Rekreasi, BPM.

2. Mematuhi tarikh-tarikh dan jadual kokurikulum yang telah ditetapkan oleh Seksyen Aktiviti, Kokurikulum, Sukan & Rekreasi, BPM.


Salinan dokumen yang diperlukan:

1. Pemohon hendaklah menghantar resume yang lengkap berserta sijil-sijil kejurulatihan yang diiktiraf.

2. Sila catatkan kod kursus jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

3. Permohonan hendaklah sampai kepada :

Ketua Bahagian Pembangunan Mahasiswa,
Aras Bawah, Blok Pentadbiran,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor darul Ehsan.
(U.P: Seksyen Aktiviti, Kokurikulum, Sukan & Rekreasi)
No Tel : 603 8911 7000


Tarikh Tutup Permohonan : 26 Mei 2017 (Jumaat)

Post a Comment