Jawatan Kosong di Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) - 30 November 2018 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2018

Jawatan Kosong di Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) - 30 November 2018

Jawatan Kosong 2018 di Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)

Jawatan Kosong 2018 di Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)

Latar Belakang

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.

Mulai 1 September 1997, semasa dikorporatkan, FELCRA Berhad telah ditukar nama kepada FELCRA Berhad dan statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh Kerajaan.Penukaran entiti korporat ini membolehkan FELCRA Berhad menyusuri bidang perniagaan yang baru selaras dengan aspirasi pembangunan nasional.



Jawatan:

1. 1. EKSEKUTIF ELEKTRIKAL GRED BAND 1(A) 


Syarat – Syarat Kelayakan:

i. Terdiri daripada warganegara Malaysia;

ii. Berumur tidak kurang dari 23 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii. Memiliki Diploma Kejuruteraan Elektrikal atau bidang-bidang lain yang berkaitan dengan Kejuruteraan Elektrikal yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi, pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

iv. Memiliki Sijil Kekompetenan Kategori Voltan Tinggi (BO, BO-1 & BO-2) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

v. Mendapat kepujian Bahasa Inggeris/Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan

vi. Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman di dalam bidang berkaitan dan sihat tubuh badan.


Cara-cara Memohon:

Borang permohonan FELCRA Berhad adalah WAJIB diisi dan boleh diperolehi menerusi laman web www.felcra.com.my atau datang terus ke Wisma FELCRA Berhad, Aras 4, Cawangan Pengurusan Sumber Manusia atau melalui link yang admin sediakan di bawah. Sila hantarkan permohonan lengkap bersama-sama gambar berukuran pasport serta salinan sijil-sijil yang berkaitan telah disahkan ke alamat berikut:-


Ketua Pegawai Eksekutif
Ibu Pejabat FELCRA Berhad
Wisma FELCRA, Lot PT 4780,
Jalan Rejang, Setapak Jaya,
Peti Surat 12254, 50772 Kuala Lumpur.
(u.p:- Cawangan Pengurusan Sumber Manusia)


(Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di ruangan atas sebelah kiri sampul) 


Tarikh Tutup Permohonan : 30 November 2018


Klik Untuk Muatturun Iklan Lengkap

Klik Muatturun Borang Permohonan

0 Response to "Jawatan Kosong di Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) - 30 November 2018"

Post a Comment