Jawatan Kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) - 30 November 2018 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2018

Jawatan Kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) - 30 November 2018

Jawatan Kosong 2018 di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Jawatan Kosong 2018 di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Latar Belakang

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) diperbadanankan di bawah Akta Parlimen untuk membangunkan Pulau Langkawi serta memajukannya sebagai Destinasi Pelancongan Antarabangsa.

Ditubuhkan pada 15 Mac 1990 dan diletakkan di bawah tanggungjawab Perbendaharaan Malaysia. Mendapat sokongan daripada YB Menteri Kewangan II dan YAB Menteri Besar Kedah dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah. Mengutamakan pembangunan bersepadu melalui perancangan strategik, amalan pengurusan terbaik dan kolaborasi dengan agensi-agensi kerajaan, industri dan pemimpin masyarakat.



Like Page Khas - Kerja Kosong di Kedah
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED SETARA 29


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(b) (i) Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(ii) Diploma dalam bidang Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(c) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

(Bagi pengisian di Bahagian Teknologi Maklumat keutamaan akan diberi kepada calon yang mempunyai pengetahuan dalam bidang pembangunan dan penyelenggaraan sistem aplikasi meliputi pengaturcaraan PHP, MySQL, PHP Framework dan Multimedia Designer)


Cara Memohon:

Borang-borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web LADA di alamat www.lada.gov.my ATAU melalui link yang admin sediakan di bawah. Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan dan sekeping gambar terbaru berukuran passport, kad pengenalan, sijil kelahiran, surat berhenti sekolah dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Setiap permohonan mestilah ditulis (NAMA JAWATAN YANG DIPOHON) di bahagian atas sebelah kiri sampul. Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:-

Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 30 November 2018 


Klik Untuk Muatturun Maklumat Perjawatan

0 Response to "Jawatan Kosong di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) - 30 November 2018 "

Post a Comment