Jawatan Kosong di Pusat Kutipan Zakat Pahang - 20 Februari 2019 - KERJA KOSONG | JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 2019

Jawatan Kosong di Pusat Kutipan Zakat Pahang - 20 Februari 2019

Jawatan Kosong 2019 di Pusat Kutipan Zakat Pahang | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pusat Kutipan Zakat Pahang

Jawatan Kosong 2019 di Pusat Kutipan Zakat Pahang

Latar Belakang

Pusat Kutipan Zakat Pahang ditubuhkan pada 16 September 1995 dan mula beroperasi pada 02 Januari 1996 dengan 9 orang kakitangan. Penubuhan PKZ Pahang adalah bertujuan bagi meningkatkan kutipan zakat di negeri Pahang yang bermula sejak tahun 1983 oleh Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)

Sebelum penubuhan PKZ Pahang, pada 1993, MUIP telah melantik sebuah badan swasta iaitu AZSB (Azzakah Sdn Bhd) untuk menguruskan kutipan zakat di daerah Kuantan sebagai percubaan. Oleh kerana Azzakah Sdb Bhd berjaya meningkatkan kutipan zakat 100% ,maka MUIP bersetuju supaya kaedah yang sama dilaksanakan diseluruh negeri Pahang pada tahun 1996 dengan pegangan saham 51% oleh MUIP dan 49% oleh AZSB. Empat tahun kemudian iaitu pada tahun 2000, MUIP telah mengambil alih PKZ Pahang sepenuhnya sehinggalah sekarang. 


Jawatan:

1. PEMBANTU PEGAWAI ZAKAT - 3 kekosongan

2. PEMBANTU TADBIR - 1 kekosongan


Syarat kelayakan:

Gaji Minima Jawatan 1&2 : RM1,352.00

Kelayakan : SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat :-

i) Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan);
ii) Kepujian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
iii) Lulus Matematik atau Akaun

Keutamaan akan diberikan kepada calon yang memiliki sijil Sekolah Agama dan mempunyai pengetahuan mengenai penggunaan komputer.

Bagi semua jawatan
Taraf perkhidmatan : Tetap
Umur : Antara 18 tahun hingga 30 tahun
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang boleh didapati di pejabat PKZ Pahang yang berhampiran atau dicetak dari laman web www.zakatpahang.my berserta salinan-salinan sijil yang disahkan, sekeping gambar berukuran passport dan sertakan no.telefon rumah/pejabat/bimbit ke alamat :-

Pengurus Besar Kanan
Ibu Pejabat Pusat Kutipan Zakat Pahang
No.111A, Tingkat 1, Bangunan MUIP,
Jalan Mahkota
25000 Kuantan, Pahang


Catatan Am:

i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga ;
ii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (1) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


Tarikh Tutup Permohonan : 20 Februari 2019

0 Response to "Jawatan Kosong di Pusat Kutipan Zakat Pahang - 20 Februari 2019"

Post a Comment