Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) - 5 April 2019

Post a Comment
Jawatan Kosong 2019 di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

Jawatan Kosong 2019 di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

Latar Belakang

Sebelum tahun 1983, hak-hak harta intelek di Malaysia telah ditadbir oleh Pejabat Cap Dagangan dan Jaminhak. Pejabat ini kemudiannya telah ditukar namanya kepada Pejabat Cap Dagangan dan Paten dalam tahun 1983 dan telah diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Pada 27 Oktober 1990, Kementerian telah membuat penyusunan semula dan seterusnya Pejabat ini telah diletakkan di bawah bidangkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  telah ditukar nama kepada Bahagian Harta Intelek (BHI). Bahagian ini bertanggungjawab mentadbir Akta Paten 1983, Akta Cap Dagangan 1976, dan Akta Hakcipta 1987.

Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 telah mula dikuatkuasakan pada 1999, disusuli pada tahun 2000 dengan Akta Susun Atur Litar Bersepadu 2000. Seterusnya pada tahun 2001, Akta Petunjuk Geografi 2000 dikuatkuasakan.

Dalam menghadapi perubahan pembangunan harta intelek di peringkat domestik dan global, BHI telah dijadikan sebuah badan berkanun pada 3 Mac 2003 dan dikenali sebagai Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM) melalui berkuatkuasanya Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002.

Perbadanan telah mengambil langkah penjenamaan semula apabila singkatan PHIM ditukar kepada MyIPO pada 3 Mac 2005 sempena Pelancaran Hari Harta Intelek Negara yang pertama.


Like Page Khas - Kerja Kosong di Kuala Lumpur
Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT IP10

2. PENOLONG AKAUNTAN IP10


Cara-Cara Memohon:

Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN JAWATAN KOSONG MyIPO yang boleh diperolehi dengan memuat turun di laman web MyIPO @ atau melalui link yang admin sediakan di bawah, bersama-sama sesalinan sijil-sijil dan gambar berukuran pasport terkini.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan ditulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat dan menyerahkan borang tersebut selewat-lewatnya pada 05 April 2019 kepada:

PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
UNIT B-18-1, MENARA UOA BANGSAR
NO. 5 JALAN BANGSAR UTAMA 1
59000 KUALA LUMPUR
(u.p.: Bahagian Sumber Manusia)

Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.



Tarikh Tutup Permohonan : 05 April 2019 (Jumaat)

Post a Comment