Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. - 26 Jun 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.

Jawatan Kosong 2022 di Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.

Company Overview

Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (”KSSB”) adalah organisasi yang bertanggungjawab menguruskan, mengendalikan dan menyediakan perkhidmatan profesional berkaitan pengeksplorasian, pengekstrakan, pengeluaran dan penjualan pasir, bahan batuan dan sumber-sumber mineral di negeri Selangor. KSSB turut dipertanggungjawabkan oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi kerja-kerja operasi pam air kolam (" OPAK ") dan kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya negeri.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram - Kerja Kosong Terkini
Positions:

1. EKSEKUTIF KANAN TADBIR URUS DAN INTEGRITI


Deskripsi Tugas:
Merancang dan melaksanakan 'risk-based audit' mengikut kaedah dan amalan audit dalaman, menyelaras aktiviti berkaitan pengurusan risiko, menilai serta menambahbaik proses tadbir urus korporat dan menggalakkan kelakuan beretika dan berintegriti di dalam Syarikat ke arah mewujudkan persekitaran perniagaan berintegriti tinggi dan bebas daripada amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Skop kerja merangkumi:
  • Audit Dalaman
  • Pengurusan Risiko
  • Integriti
  • Tadbir Urus Korporat

Audit Dalaman:
  • Membangunkan pelan audit tahunan menggunakan pendekatan berdasarkan risiko (risk based).
  • Merancang dan melaksanakan tugasan audit berjadual menggunakan pendekatan berdasarkan risiko.
  • Merangka laporan audit dalam tempoh yang ditetapkan untuk disemak oleh Ketua Jabatan.
  • Memastikan kertas kerja untuk setiap tugasan audit lengkap, teratur, diindeks, dan disimpan mengikut tatacara yang ditetapkan.
  • Melakukan audit susulan secara berkala untuk memantau status perlaksanaan tindakan susulan dan cadangan-cadangan audit.
  • Menjalankan/membantu Ketua Jabatan dalam melakukan audit khas dan penyiasatan dalaman.

Close date : 26 June 2022




Post a Comment