Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak - 19 Ogos 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara Sarawak

Jawatan Kosong 2022 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak

Latar Belakang

Bermula dengan empat program yang ditawarkan dan pengambilan awal sebanyak 94 orang pelajar, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak Kota Samarahan (UiTMKS) telah berjaya mengorak langkah yang lebih jauh. Kini, ia menawarkan 26 program bermula dari peringkat Sijil hingga ke peringkat Doktor Falsafah melalui pelbagai mod pengajaran samada secara sepenuh masa, pengajian luar kampus atau pengajian jarak jauh secara fleksibel (e-PJJ). Jumlah terkini pengambilan pelajar adalah kira-kira 4,000 bagi pelajar sepenuh masa, (80% menginap di hostel) dan 800 pelajar separuh masa.

UiTMKS sentiasa meletakkan kualiti sebagai batu asas strateginya. Sehingga kini, UiTM Sarawak telah menggarap beberapa anugerah berprestij termasuklah sijil ISO 9001:2000 dari Lloyd's Register Quality Assurance, Anugerah Naib Canselor bagi anugerah kualiti keseluruhan tahun 2000, Anugerah Kualiti Pentadbiran Akademik tahun 2001 dan Khidmat Pelanggan dan Unit Kualiti Terbaik tahun 2003. Pada tahun 2003 juga, kampus ini sekali lagi memenangi Anugerah Naib Canselor bagi anugerah kualiti keseluruhan dan sejak itu, UiTM Sarawak telah mengekalkan kemenangannya selama 3 tahun berturut-turut bermula dari tahun 2003 sehingga 2005.
Like Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Sarawak
Jom Join Telegram Khas - Kerja Kosong Negeri Sarawak
Jawatan:

1. PENSYARAH UiTM (GRED DM45)

2. PENSYARAH KANAN (GRED DM51) 

3. PROFESOR MADYA (GRED DM53)

4. PROFESOR (GRED KHAS C) VK7



Perhatian Kepada Pemohon:

1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan
Berkanun MESTI MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN
KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.

3. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN :

• Kad Pengenalan
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
• Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik
Terperinci) *Sila nyatakan sekali tajuk tesis
• Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk
mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
• Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan
kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)

4. Nama bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

5. Pemohon–pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.

6. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.

7. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

8 Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

9. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di mana-mana kampus UiTM.

Permohonan:

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (III) Pindaan 8/2007 yang boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Sarawak atau boleh juga diperolehi dengan memuat turun borang permohonan dari https://drive.google.com/file/d/1lYWRAlQD7PwWE19kVOkerWQjtTlkbK3e/view?usp=sharing (link admin sediakan di bawah)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 19 Ogos 2022 (Jumaat)



Post a Comment