Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Getah Malaysia (LGM) - 21 Oktober 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Getah Malaysia (LGM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Getah Malaysia (LGM)

Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Getah Malaysia (LGM)

Latar Belakang LGM

Lembaga Getah Malaysia merupakan badan yang bertanggungjawab terhadap industri getah di negara ini. LGM ditubuhkan pada 1 Januari 1998, hasil gabungan Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM), Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (MRRDB) dan Lembaga Pasaran Getah Malaysia (MRELB) untuk meneruskan usaha memajukan serta membangunkan industri getah seperti yang dilakukan selama 78 tahun yang lalu. Kemajuan R&D dalam getah asli (NR) yang telah dicapai oleh RRIM juga telah meninggalkan impak terhadap industri NR Malaysia dan negara-negara pemprosesan NR yang lain.

Objektif utama LGM ialah untuk membantu pembangunan dan pemodenan industri getah Malaysia dalam semua aspek daripada penanaman pokok getah, pengeluaran dan pemprosesan getah mentah, pembuatan barangan getah dan pemasaran getah dan produk getah.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram / WhatsApp - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

JADUAL GAJI 
MIN : RM2,315.00 
MAKS : RM9,618.00

LOKASI PENEMPATAN
BANGUNAN GETAH ASLI,
148 JALAN AMPANG, 50450
KUALA LUMPUR


SYARAT LANTIKAN:

a) Mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda kepujian dalam bbidang sains komputer, teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

b) Mempunyai sekurangnya-kurangnya ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

c) Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM.


SYARAT TAMBAHAN:

a) Mempunyai pengetahuan dalam:
- Angular Framework;
- .net Core and .net 5 & above;
- CSS - Cascading Style Sheets;
- HTML - Hyper Text Markup Language;
- OOP - Object Oriented Programming;
- REST API;
- Database Concept (SQL Server);
- Entity Framework;
- Able to write loosely coupling module/application; dan
- Able to apply SOLID desingn principle into project


DESKRIPSI TUGAS:

a) Mengkaji keperluan aplikasi dan perisian LGM;

b) Menyediakan aplikasi berasaskan mobile dan web;

c) Menyelaras keperluan integrasi sistem yang telah atau sedang dibangunkan di LGM;

d) Memberikan khidmat rundingan dan sokongan serta latihan kepada pengguna sistem;

e) Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual terhadap sistemsistem aplikasi yang dibangunkan; dan

f) Melaksanakan tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.


2. PEGAWAI TADBIR (UNDANG-UNDANG) N41

JADUAL GAJI
MIN : RM2,080.00 
MAKS : RM9,546.00

LOKASI PENEMPATAN
BANGUNAN GETAH ASLI,
148 JALAN AMPANG,
50450 KUALA LUMPUR


SYARAT LANTIKAN:

a) Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dari mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan atau mana-mana kelayakan yang sama taraf dengannya atau lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination); dan

b) Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM


SYARAT TAMBAHAN:

a) Diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya;

b) Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang berkaitan korporat dan komersial. Pengalaman bekerja dalam litigasi akan menjadi kelebihan tambahan;

c) Mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai undang-undang korporat dan komersial, sivil dan undang-undang harta intelek serta memiliki rangkaian hubungan yang luas;

d) Memiliki sifat keyakinan yang tinggi, kemahiran interpersonal yang baik serta integriti yang cemerlang; dan

e) Mampu bekerja secara berdikari dalam pengawasan yang minima.


DESKRIPSI TUGAS:

a) Bertanggungjawab menjalankan semua tugas perundangan melibatkan nasihat perundangan, semakan dan penggubalan undang-undang berkaitan Akta LGM, pendakwaan, menyelaras dan berhubung dengan peguam yang dilantik bagi tindakan guaman di Mahkamah dan hal ehwal antarabangsa di LGM;

b) Menyediakan dan menyemak kontrak, perjanjian dan semua dokumen perundangan;

c) Menjalankan penyelidikan perundangan dan menguatkuasa semua akta, peraturan dan undang-undang berkaitan industri getah;

d) Memberikan pandangan dan nasihat mengenai isu berkaitan dengan dasar dan perundangan di LGM;

e) Mengurus dan mengendalikan aspek berkaitan harta intelek; dan

f) Melaksanakan tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.


*Sila baca syarat & maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 21 Oktober 2022 (Jumaat)



Post a Comment