Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Kangar (MPK) - 27 Oktober 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Perbandaran Kangar (MPK) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kangar (MPK)

Jawatan Kosong 2019 di Majlis Perbandaran Kangar (MPK)

Latar Belakang

Sebelum tahun 1956, Kerajaan Tempatan di Negeri Perlis terletak di bawah "Town Board Enactment F.M.S. Cap 137" yang melibatkan tujuh kawasan pekan iaitu Kangar, Arau, Kuala Perlis, Simpang Empat, Kaki Bukit, Padang Besar dan Pauh. Keseluruhan kawasan Kerajaan Tempatan adalah seluas 2,848 kilometer persegi dengan bilangan penduduknya seramai 13,910 orang.

Kawasan Kerajaan Tempatan pada ketika itu, telah ditadbir oleh Lembaga Kesihatan atau dikenali oleh masyarakat setempat sebagai "Sanitary Board". Pengerusi lembaga berkenaan adalah Pesuruhjaya Tanah dan Galian Negeri dengan dibantu oleh 11 orang Ahli Lembaga yang berkuasa memberi nasihat kepada Pesuruhjaya tersebut. Dari segi kewangan, anggaran perbelanjaan dan hasil disediakan sama seperti jabatan kerajaan yang lain iaitu sebahagian daripada Pentadbiran Kerajaan Negeri disamping sebahagian lagi oleh Kerajaan Tempatan sendiri.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Perlis
Join Telegram / WhatsApp - Kerja Kosong Terkini

Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

2. PENGHANTAR NOTIS N11

3. PEMBANTU AWAM H11


Cara Memohon dan Syarat-Syarat:

1. Iklan kekosongan jawatan ini boleh dilihat dalam portal rasmi Majlis Perbandaran Kangar Perlis dengan melayari mpkangar.gov.my sahaja.

2. Permohonan hendaklah menggunakan Borang PABMS/MPK.PS-12-R1 yang boleh didapati dalam portal rasmi Majlis Perbandaran Kangar, Perlis dan semua borang permohonan jawatan perlu disertakan bersama salinan Sijil/Dokumen-dokumen yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas seperti berikut :

i) Resume;

ii) Kad Pengenalan (depan dan belakang);

iii) Sijil Kelahiran;

iv) Sijil Berhenti Sekolah;

v) Sijil-Sijil Akademik (Sijil PMR/SPM/Diploma/Ijazah atau kelayakan yang setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitan);

vi) Sijil Kegiatan Luar (jika ada); dan

vii) Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon atau pengesahan kemahiran yang berkaitan.

3. Pemohon juga dikehendaki membawa dokumen-dokumen (Asal) semasa menghadiri temuduga tersebut.

4. Permohonan daripada Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Penguasa Tempatan dikehendaki memaklumkan kepada Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan Pegawai-Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Bahagian III, Peraturan 18 serta mengemukakan secara berasingan ke pentadbiran Majlis dokumendokumen yang diakui sah oleh Ketua Jabatan seperti berikut :

i) Surat Pengesahan Ketua Jabatan;

ii) Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini;

iii) Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini;

iv) Salinan surat kelulusan pengisytiharan harta; dan

v) Salinan penyata gaji yang terkini


Maklumat Am:

1. Permohonan berikut AKAN DITOLAK sekiranya :

i) Tidak menyertakan salinan dokumen/Sijil yang disyaratkan;

ii) Menyertakan salinan dokumen/Sijil yang tidak dibuat pengesahan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas;

iii) Borang permohonan tidak diisi dengan lengkap dan tulisan tidak terang/jelas;

iv) Memohon jawatan yang tidak diiklankan;

v) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

vi) Borang permohonan tidak ditandatangani;

vii) Borang permohonan diterima selepas tarikh tutup permohonan; dan

viii) Borang permohonan yang dikemukakan tidak melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam Persekutuan, Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

2. Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga.

3. Segala perbelanjaan berhubung permohonan ini dan bagi menghadiri temuduga sekiranya dipilih untuk peringkat tersebut tidak akan ditanggung oleh Majlis Perbandaran Kangar, Perlis.

4. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.


Alamat Permohonan:

1. Permohonan yang lengkap diiisi beserta salinan/dokumen yang telah disahkan hendaklah di alamat dan di sampaikan kepada :

TUAN YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KANGAR PERLIS,
NO 192 PERSIARAN JUBLI EMAS,
01000 KANGAR,
PERLIS.
(u.p : Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia)

2. Satu borang hanya untuk satu jawatan sahaja.

3. Sila tuliskan ‘nama jawatan’ disebelah atas kiri sampul surat bagi permohonan jawatan yang dikemukakan.


*Untuk membaca syarat kelayakan setiap jawatan di atas, sila klik yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 27 Oktober 2022 (Khamis) selewat-lewatnya sebelum jam 5.00 petang.



Post a Comment