Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka - 30 Oktober 2022 [24 Kekosongan]

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

Jawatan Kosong 2022 di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

Latar Belakang

Pada tahun 1983, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (MMKN) bersetuju menukar nama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)  Melaka kepada Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM). Merujuk kepada rekod, pusat pentadbiran SUK selepas kemerdekaan tahun 1957 dikatakan berpusat di Wisma Negeri Jalan Hang Tuah di bawah pentadbiran Ketua Menteri Melaka yang Pertama iaitu Allhayarham Datuk Kurnia Jasa Othman Bin Talib.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Melaka
Join Telegram / WhatsApp - Kerja Kosong Terkini

Jawatan:

1. PEMANDU KENDERAAN GRED H11 - 24 Kekosongan

Gaji Minimum : RM1,218.00
Gaji Maksimum : RM2,939.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  
 
a. warganegara Malaysia; dan  

b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

c. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu: 

Lesen D: RM1,264.15
Lesen E/E1/E2: RM1,310.30
Lesen F/H: RM1,356.45
Lesen G/I: RM1,402.60  
 

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Deskripsi Tugas:  

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.


Semua kekosongan jawatan adalah di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 30 Oktober 2022 (Ahad)



Post a Comment