Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) - 31 Oktober 2022 [16 kekosongan]

Post a Comment
Jawatan Kosong Kerajaan 2022 di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Jawatan Kosong 2020 di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Sejarah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Tulisan Jawi: جابتن كماجوان اسلام مليسيا; singkatan: JAKIM) merupakan agensi kerajaan Persekutuan di Malaysia yang mentadbir hal ehwal agama Islam di Malaysia. Pentadbirannya diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Join Telegram / WhatsApp - Kerja Kosong Terkini

Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN GRED S29 - 1 kekosongan

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Berkelulusan:
i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan ialah pada Gred S29 : RM1,493.00]; atau
ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan ialah pada Gred S29 : RM1,493.00]; atau
iii. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan ialah pada Gred S29 : RM1,770.95]; dan
iv. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


2. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM / PENYELIA KAFA GRED S19 - 14 kekosongan

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Berkelulusan:

i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta:
(a) Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & AsSunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
(b) Lulus dalam subjek Bahasa Arab, Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi) [Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00]; atau
ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40]; atau
iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80]; dan
v. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


3. PEMANDU KENDERAAN GRED H11 - 1 kekosongan

1. Warganegara Malaysia;

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

3. Berkelulusan:
i. Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
ii. Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
iii. Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
Lesen D RM 1,264.15
Lesen E/E1/E2 RM 1,310.30
Lesen F/H RM 1,356.45
Lesen G/I RM 1,402.60
iv. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan 3/ Penilaian Menengah Rendah (PMR)/ kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Oktober 2022 (Isnin) jam 11:59 malam






Post a Comment