Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) - 26 Oktober 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP)

Jawatan Kosong 2022 di Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP)

Latar Belakang

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) secara rasminya telah di tubuhkan pada 1 Februari 2012 melalui pengkorporatan Jabatan Bekalan Air Pahang (JBAP) dan merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Pahang. Dengan pengkorporatan JBAP, Kerajaan Negeri dengan secara rasminya menyerahkan urusan operasi merawat, membekal, membersih dan memungut hasil air daripada penjualan air bersih yang selama ini dikendalikan oleh JBAP kepada PAIP.

PAIP telah dilesenkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai operator bekalan air untuk Negeri Pahang selaras dengan peruntukan Akta 655 (Akta Industri Perkhidmatan Air 2006). Dengan itu, PAIP berfungsi memberi perkhidmatan bekalan air bersih yang memuaskan dari segi kuantiti dan kualiti kepada pengguna dengan cara yang paling berekonomi untuk memenuhi keperluan pembangunan sosial dan ekonomi Negeri Pahang Darul Makmur.
Join Group Khas - Banyak Jawatan Kosong
Like FB Page Khas - Kerja Kosong Negeri Pahang
Join Telegram / WhatsApp - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PENGURUS BESAR DIVISYEN PERANCANGAN, PERNIAGAAN DAN PEMBANGUNAN


Julat Gaji : Min RM10,666.00 (T1) - Max RM15,930.00 (T15).


Syarat Kelayakan:

Warganegara Malaysia.

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam atau ijazah berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Memiliki keupayaan merancang perkhidmatan kerja-kerja Capex PAIP mengikut permohonan berdasarkan kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) / Kerajaan Negeri bagi perkara-perkara seperti kerja-kerja penggantian paip dan peralatan, kerja-kerja membaikpulih/menaiktaraf sistem bekalan air seperti loji rawatan air, stesen pam, rumah pam, paip dan lain-lain, kerja-kerja pengalihan paip dan memantau pelaksanaan kerja-kerja projek besar.

Memiliki keupayaan merancang perkhidmatan pengurusan projek yang merangkumi belanjawan mengikut Pelan Perniagaan PAIP dan tempoh pelaksanaan projek.

Memiliki keupayaan memberi nasihat teknikal dan kepakaran bagi rekabentuk serta perancangan keperluan projek mengikut keperluan PAIP dan kelulusan SPAN atau agensi berkaitan.

Memiliki keupayaan membuat penilaian keperluan projek yang dicadangkan oleh Jabatan Perancangan & Pembangunan, Divisyen Perkhidmatan Air, Jabatan NRW, Pengurusan Air Daerah dan lain-lain.

Memiliki keupayaan memantau secara keseluruhan perlaksanaan projek dan belanjawan mengikut sasaran yang ditetapkan.

Memiliki keupayaan dalam membantu SPAN dalam urusan mendapatkan kelulusan melaksanakan projek dari Badan-badan/Agensi-agensi Kerajaan yang terlibat.

Memiliki keupayaan untuk memastikan pematuhan keperluan SPAN dan Water Service Act (WSIA).

Berkebolehan untuk merancang keperluan kewangan dan belanjawan tahunan bagi Divisyen Perancangan & Pembangunan atau CAPEX syarikat.

Berpengalaman dalam industri utiliti akan diberi keutamaan.

Mempunyai pengalaman dalam pengurusan kontrak pembekalan air diutamakan.

Berumur sekurang-kurangnya 40 tahun pada tarikh lantikan dan semasa permohonan dibuat.

Memiliki sikap inovatif, berdaya maju, berkepimpinan, komited dan berwawasan serta mempunyai semangat kerja berpasukan yang tinggi.


*Sila rujuk syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh tutup : 26 Oktober 2022 (Rabu)



Post a Comment