Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) - 15 Oktober 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT)

Jawatan Kosong 2019 di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT)

Latar Belakang

Sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman pada 25 April 1986. Penubuhan adalah dibawah Enakmen Bil. 13 tahun 1985 hasil daripada kelulusan Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada 5 Disember 1985.

Ditubuhkan sebagai agensi yang berperanan secara langsung sebagai Pembekal Sumber, Penyokong, Penyebar Maklumat, Pendidik, Katalis, Penyaran Dasar dan Pengkaji bagi mengisi ruang yang masih kosong di samping dapat bekerjasama dengan agensi-agensi yang telah sedia wujud dalam mempertingkatkan kualiti kehidupan dan masalah - masalah berkenaan melalui kapasiti  Lembaga YPKT selaku Penyelaras, Pelengkap (Complement) dan Penokok Tambah (Supplement).
Like Page KhasKerja Kosong Terengganu
Join Telegram / WhatsApp - Kerja Kosong Terkini
Jawatan:

1. PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41 

Syarat lantikan:

Calon-calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Terdiri daripada warganegara Malaysia.

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) i) Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2,078.00); atau

ii)  Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains tingkahlaku beserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2,281.86)


2. JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19

Syarat lantikan:

Calon-calon lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) Terdiri daripada warganegara Malaysia.

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

(c) i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,377.00); atau

ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19:RM1,435.12); atau

iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,493.24).


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Oktober 2022 (Sabtu)



Post a Comment