Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Getah Malaysia (LGM) - 10 November 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Lembaga Getah Malaysia (LGM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Getah Malaysia (LGM)


Jawatan:

1. KONTRAK TOREHAN 

TARAF JAWATAN 
(CONTRACT FOR SERVICE (CFS)

JADUAL GAJI 
MIN : RM1,793.00

Join Telegram / WhatsApp - Kerja Kosong Terkini

Kemudahan Yang Disediakan:

1. Kelayakan Cuti Rehat Tahunan sebanyak 20 hari;
2. Kemudahan Cuti Sakit 10 hari yang disertakan bersama Sijil Cuti Sakit daripada pegawai perubatan berdaftar; dan
3. Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO);


Syarat Lantikan:

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun atau tidak melebihi 50 tahun pada tarikh tutup permohonan;
3. Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan; dan
4. Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.


Syarat Lantikan

1. Mempunyai kemahiran menoreh pokok getah dengan baik;
2. Berkeupayaan mengangkat hasil torehan sekurang-kurangnya 500 pokok sehari; dan
3. Boleh menoreh seawal jam 6:00 pagi sehingga 1:45 petang.


Deskripsi Tugas:

1. Menjalankan kerja-kerja penorehan pokok getah, penyelenggaran tanaman termasuk cantasan
dahan, kawalan rumpai dan pembajaan secara berjadual; dan
2. Melaksanakan tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Cara Memohon:

1. Permohonan jawatan kosong boleh dikemukakan dengan mengisi borang UPSM/A/01/002 seperti di
LAMPIRAN A dan dimajukan/dipos ke alamat :

Pengurus Stesen
Stesen Penyelidikan RRIM Similajau
Lembaga Getah Malaysia
Lot 11, Blok 1 Lavang Land District,
KM 68, Jalan Bintulu-Miri,
Peti Surat 3127, 97013, Bintulu,
Sarawak, Malaysia.

2. Borang permohonan yang ingin dikemukakan hendaklah disertakan bersama Salinan Sijil, Salinan
Kad Pengenalan, Sijil Berhenti Sekolah dan Sijil Kelahiran yang telah disahkan dan gambar terkini
berukuran pasport ditampal pada borang permohonan.

3. Pemohon hendaklah memastikan semua maklumat di dalam borang permohonan adalah tepat dan
terkini.


*Sila baca syarat & maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 10 November 2022 (Khamis)




Jawatan Kosong 2021 di Lembaga Getah Malaysia (LGM)

Latar Belakang LGM

Lembaga Getah Malaysia merupakan badan yang bertanggungjawab terhadap industri getah di negara ini. LGM ditubuhkan pada 1 Januari 1998, hasil gabungan Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM), Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia (MRRDB) dan Lembaga Pasaran Getah Malaysia (MRELB) untuk meneruskan usaha memajukan serta membangunkan industri getah seperti yang dilakukan selama 78 tahun yang lalu. Kemajuan R&D dalam getah asli (NR) yang telah dicapai oleh RRIM juga telah meninggalkan impak terhadap industri NR Malaysia dan negara-negara pemprosesan NR yang lain.

Objektif utama LGM ialah untuk membantu pembangunan dan pemodenan industri getah Malaysia dalam semua aspek daripada penanaman pokok getah, pengeluaran dan pemprosesan getah mentah, pembuatan barangan getah dan pemasaran getah dan produk getah.

Post a Comment