Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negara (MSN) - 14 November 2022

Post a Comment
Jawatan Kosong 2022 di Majlis Sukan Negara (MSN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Sukan Negara


Jawatan:

1. PEMBANTU PENTADBIRAN - 2 Kekosongan

2. TUKANG MASAK - 8 Kekosongan

3. KREW PERKHIDMATAN - 3 Kekosongan

4. KREW STEWARD - 2 Kekosongan

Join Telegram / WhatsApp - Kerja Kosong Terkini

Cara Memohon:

1. Semua permohonan hendaklah disertakan dokumen-dokumen seperti berikut:-

(i) Salinan sijil akademik SPM/SPVM/PMR/PT3 dan setaraf;

(ii) Salinan sijil-sijil kemahiran yang berkaitan;

(iii) Salinan Sijil Berhenti Sekolah;

(iv) Salinan Kad Pengenalan.


2. Permohonan yang tidak lengkap akan DITOLAK.


Alamat Dan Tarikh Tutup Permohonan:

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 14 November 2022 (Isnin) melalui emel recruitment@nsc.gov.my ATAU dialamatkan kepada:-

MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
Cawangan Sumber Manusia
Bahagian Khidmat Pengurusan
Bukit Jalil,57000 Kuala Lumpur

* Pemohonan yang dihantar melalui pos hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat.


Tarikh Tutup Permohonan : 14 November 2022 (Isnin) 


*Sila rujuk syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah




Jawatan Kosong 2021 di Majlis Sukan Negara (MSN)

Latar Belakang

Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.

Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik.

Selepas organisasi Majlis disusun semula pada tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah dan seterusnya mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat dilihat masa kini. Matlamat penubuhan Majlis Sukan Negara Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi.

Post a Comment