Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah - 15 Februari 2023

Jawatan Kosong 2023 di Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah


Jawatan:

1. JURULATIH SAMBILAN 

Taraf Jawatan : Sambilan
Bayaran Elaun Mengajar : Dibayar mengikut jumlah jam mengajar

Kekosongan :
i) DKM MP-060-4:2013 Penyeliaan Terapi Estetik atau SKM Perkhidmatan Terapi Estetik (MP-060-3:2013/S960-002-3:2020) - Satu kekosongan

ii) SKM Tahap 3, Operasi Pengemasan dan Pengecatan Automotif (TP-412-3:2013) atau SKM Pengemasan & Pengecatan Semula Kenderaan (G452-005-3:2019) - Satu kekosongan

iii) SKM Tahap 3, Mekanik Kenderaan Perdagangan (P-030-3) atau SKM Tahap 3, Kenderaan Perdagangan - Servis Diagnostik (G452- 001-3:2017) - Dua kekosongan

iv) DKM Tahap 4, HT-090-4:2014 Pengurusan Pendandan Rambut Kreatif atau SKM Tahap 3, HT-090-3:2012 Dandanan Rambut - Satu kekosongan


Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) Warganegara Malaysia.

b) Berumur tidak kurang  dari 22 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

c) Kelayakan akademik seperti berikut :- 

i. Kredit Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

ii.  Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dengan dua (2) tahun pengalaman kerja; atau Diploma Kemahiran Malaysia dengan 2 (dua) tahun pengalaman kerja dengan bidang yang dipohon;

iii.  Memiliki Sijil Vocational Training Officer (VTO); dan

iv. Memiliki Sijil Induksi Pentauliahan PP / PPD / PPB

 
Cara- cara Memohon:

a) Calon-calon yang berminat dan memiliki syarat-syarat kelayakan boleh mendapatkan Borang Permohonan Jawatan Jurulatih Sambilan di Tingkat 5, JPSM, Wisma Bandaraya pada 30 Januari hingga 6 Februari 2023. Calon-calon hendaklah memastikan borang diisi dengan lengkap dan mengemukakan dokumen- dokumen seperti berikut:

- Sekeping gambar terbaru berukuran pasport;

- Salinan sijil kelahiran;

- Salinan kad pengenalan;

- Salinan Sijil SPM, SKM & Diploma atau Ijazah

- Lain- lain Sijil / Dokumen yang berkaitan

b) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus ke Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah, Tingkat 5, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu (u.p: Puan Nurfara Ain bin Abdullah) sebelum atau pada 15 Februari 2023.


Catatan Am:

a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

b)Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh satu (1) bulan selepas temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

c)Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah tidak akan bertanggungjawab ke atas semua perbelanjaan dan risiko semasa menghadiri temuduga.

Pengarah
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Sabah (JPSM)
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah
Tingkat 4, 5 & 7, Wisma Bandaraya
Beg Berkunci 198
88000 Kota Kinabalu
SABAH
Tel: 088 218723 / 218730 / 224607


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Februari 2023



Jawatan Kosong di Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah

Objektif Penubuhan

Membangun dan menggunakan sepenuhnya modal insan yang terdapat di Negeri Sabah melalui pelaksanaan program-program latihan yang teratur dan berkesan.

Visi

Menjadi Jabatan Peneraju dalam Pembangunan Sumber Manusia di Negeri Sabah menjelang 2035.

Misi

Merancang dan melaksana pelbagai program latihan kemahiran bagi rakyat Sabah, Merintis peluang pekerjaan dan keusahawanan, Menyediakan perkhidmatan akreditasi / badan pentauliah Sabah