Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) - 18 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)


Jawatan:

1. PEMBANTU TRAFIK (N09G10)
JABATAN KAWALAN OPERASI


Spesifikasi Tugas:

➢ Memastikan penumpang membuat perjalanan yang selesa dan tiba ke destinasi dengan selamat mengikut jadual yang ditetapkan.

➢ Menyantuni penumpang dengan penuh senyuman sepanjang masa.

➢ Bersedia membantu penumpang pada bila-bila masa sepanjang perjalanan.

➢ Memeriksa tiket dan memastikan tarikh dan masa perjalanan adalah betul.

➢ Sentiasa mempunyai maklumat semasa, info tren terkini dan kesediaan menjawab sebarang pertanyaan berhubung dengan jadual tren, tiket serta menerima maklumbalas dari penumpang/tetamu bagi tujuan memperbaiki mutu perkhidmatan dan menyerahkan laporan kepada pegawai penyelia.

➢ Sentiasa memastikan keselamatan penumpang sepanjang masa.

➢ Membuat pengumuman dari semasa ke semasa jika berlaku kecemasan.


Syarat Kelayakan:

➢ Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik

➢ Berumur dari 18 tahun hingga 28 tahun

➢ Bagi calon dalaman, telah disahkan dalam jawatan dan berkhidmat sekurangkurangnya 3 tahun serta umur tidak melebihi 35 tahun.

➢ Sihat tubuh badan - tidak cacat anggota , tidak buta warna dan tidak berkaca mata

➢ Boleh berkomunikasi dan menulis dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

➢ Mempunyai personaliti yang menarik

➢ Bersikap proaktif dan positif dan minat yang mendalam dalam bidang perkhidmatan pelanggan

➢ Tiada rekod jenayah

➢ Sedia berkhidmat di mana-mana lokasi di rangkaian KTM Berhad

➢ Bekas cabin crew/flight attendance dialukan untuk memohon.


Cara Mohon:

Permohonan hendaklah dibuat melalui LINK E-Recruitment KTMB (link admin sediakan di bawah) tidak lewat dari 18 Januari 2023. Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui Unit Perancangan Kakitangan, Jabatan Modal Insan Keretapi Tanah Melayu Berhad di talian 03-22631141/1273.

Hanya pemohonan yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini



Jawatan Kosong di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

Sejarah KTMB

Pada tahun 1961 merupakan tarikh berakhirnya orang eropah menjadi Pengurus Besar KTM. Dato’ Ahmad Perang merupakan anak watan yang pertama menjadi Pengurus Besar, dan Haji Waad Jamaluddin merupakan kakitangan KTM yang pertama berjaya memegang jawatan Pengurus Besar KTM. Selebihnya jawatan tersebut dipegang Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang dipinjamkan ke KTM.

KTM sejak sebelum Perang Dunia lagi mempunyai rancangan pembinaan landasan merentasi Kuala Lumpur ke Pahang, dari Johor Bahru ke Kuantan dan menyusur negeri Terengganu dan kelantan tetapi tidak dapat dilaksanakan. Malah beberapa landasan yang telah dirancangkan namun ianya tidak menjadi kenyataan. Diantaranya ialah landasan sejauh 70 batu dari kulai ke Endau; keduanya dari Kluang ke Muar dan terus ke Melaka sejauh 95 batu, ketiga; landasan sejauh 40 batu dari Gemas ke Melaka. Di Pahang pula dirancangkan landasan cawangan dari Jerantut ke Kuantan sejauh 25 batu, manakala di Selangor pula dari kelang ke Morib. Di negeri Perak cadangan pembinaan landasan cawangan yang terbengkalai iaitu dari Ipoh ke Gopeng dan dari Bagan Serai ke Kuala Kurau. Namun kesemua rancangan tersebut tidak terlaksana.

Post a Comment