Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd - 22 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd


Jawatan:

1. EKSEKUTIF UNDANG-UNDANG
(BAHAGIAN UNDANG-UNDANG)


Tugas & Tanggungjawab:

1. Membantu Penasihat Undang-undang (PUU) dalam merangka, menapis dan menyemak semua kontrak/perjanjian dan/atau sebarang ~dokumen perundangan berkaitan dengan Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU).

2. Membantu dalam memastikan pematuhan kepada semua undang-undang yang terpakai serta menjalankan penyelidikan dan mengikuti perkembangan undang-undang dan tadbir urus korporat yang terkini berkaitan dengan SATU. 

3. Untuk menyokong PUU dalam mengurus dan memantau risiko tindakan undang-undang dan/atau kes yang melibatkan SATU.

4. Untuk membantu PUU dalam menjalankan siasatan ke atas sebarang salah laku dan/atau kes isu penyelewengan berkaitan SATU.

5. Memantau perubahan dalam perundangan yang berkaitan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

6. Untuk menyediakan laporan atau nasihat perundangan untuk sebarang isu perundangan yang mungkin berlaku.

7. Untuk membantu PUU berhubung dengan panel peguam dan penyediaan kertas Mahkamah.

8. Menjadi urusetia Mesyuarat Lembaga Pengarah dikendalikan oleh Bahagian Undang-Undang.

9. Untuk membantu PUU dalam menguruskan operasi harian Perundangan SATU bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap dan berkesan.


Syarat Kelayakan:

1. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) yang diktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang dilktiraf setaraf dengannya;

2. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya di Bahagian Undang-Undang Korporat, (in-house counsel) atau Firma Guaman tidak kurang daripada dua (2) tahun;

3. Mempunyai pengetahuan dalam bidang perundangan dan pemahaman prosedur perundangan yang sangat baik;

4. Kemahiran dalam berkomunikasi dan penulisan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik

5. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, pengalaman bekerja yang sewajarnya, dan kemahiran menggunakan komputer;

6. Mestilah mampu bekerja berseorangan dengan penyeliaan yang minimum; dan

7. Seorang yang mampu bergerak dalam satu pasukan.


Cara Memohon:

Calon-calon berminat boleh mengemukakan permohonan CV / resume, gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan lesen memandu yang sah (bagi jawatan berkaitan) dan sijil kelulusan akademik/ berkaitan kepada :

Ketua Pegawai Eksekutif
Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd.
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
atau email kepada career@satuwater.com.my


Tarikh Tutup Permohonan : 22 Januari 2023

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Jawatan Kosong di Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd

Nilai Teras

Nilai teras adalah nilai utama yang perlu dihayati dan diamalkan oleh semua warga kerja SATU bagi memberikan perkhidmatan terbaik. Sebagai SATU pasukan yang berintegriti dan profesional, kita memegang amanah untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan

Post a Comment