Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) - 6 Februari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)


Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SIJIL/DIPLOMA

1. PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP29 - 130 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,493.00
Gaji Maksimum : RM5,696.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia;

b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau

ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau

iii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta menpunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);

iv) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,770.95).

v) Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,846.15).


d. Syarat lantikan untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia:

i) Sijil Veterinar/Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau

ii) Diploma dalam bidang perikanan, pertanian hortikultur, pemakanan, teknologi makanan, kesihatan haiwan, penternakan atau sains veterinary yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,846.15).

e. dan mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:

i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

ii) berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

iv) mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

v) lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

vi)pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.


Syarat Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Peningkatan Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguatkuasa atau Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19, Gred AB22 atau Gred AB26 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

a. i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) atau 1(d) ; dan
ii) lulus Peperiksaan Khas; dan

b. had umur pelantikan:
i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.


Deskripsi Tugas:

Kementerian Dalam Negeri
Membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjalankan aktiviti menyewa, menjual atau mengedar filem di bawah Akta Filem (Penapisan) 1952 (Pindaan 1980), menjalankan siasatan kes-kes rampasan dan menjalankan tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah.

Kementerian Pengangkutan
Menjalankan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu serta pendaftaran kenderaan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan, memproses permohonan lesen barang-barang berjadual dan menjalankan tugas-tugas penyerahan/penentuan Akta-akta Timbang dan Sukat.

Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan)
Bertanggungjawab membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah.


Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 06 Februari 2023 (Isnin)  jam 11:59 malam




Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)

Latar Belakang

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) ditubuhkan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, sebagai sebuah Jabatan bagi mengadakan perkhidmatan bersepadu yang berhubungan dengan kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk, stesen kuarantin dan premis kuarantin dan pemerakuan bagi import dan eksport tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikrooganisma dan termasuk pemeriksaan dan penguatkuasaan yang berhubungan dengan makanan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Post a Comment