Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Selama - 23 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Majlis Daerah Selama | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Selama


Jawatan:

1. PEMBANTU AWAM H11

Jadual Gaji : RM1,218.00
Kadar kenaikan Gaji tahunan : RM80.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

⦁ Warganegara Malaysia, keutamaan diberi kepada anak negeri perak 
⦁ Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan 
⦁ Pentaksiran Tingkat Tiga (PT3)/Penilian Menengah  Rendah (PMR) atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred H11 : RM1,218.00)


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian ( sekurang-kurangnya Gred C) dalam Subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan .


Deskripsi Tugas:

⦁ Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan  sokongan teknikal atau peralatan dan ruang kerja.


2. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19

Jadual Gaji : RM1,360.00
Kadar kenaikan Gaji tahunan : RM100.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

⦁ Warganegara Malaysia, keutamaan diberi kepada anak negeri perak 
⦁ Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan 
⦁ Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan  (Gaji Permulaan pada Gred KP19 : RM1,216.00)


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM  atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan .


Deskripsi Tugas:

⦁ Menjalankan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan seharian di pejabat dan luar pejabat.

⦁ Menjalankan operasi penguat kuasaan. Penyediaan statistikpenguat kusaan, menyediakan rekod operasi dan pendakwaan, terlibat dengan saksi kes-kes pendakwaan dan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa.


3. PEMBANTU OPERASI N11

Jadual Gaji : RM 1,216.00
Kadar kenaikan Gaji tahunan : RM 80.00


Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

⦁ Warganegara Malaysia, keutamaan diberi kepada anak negeri perak 
⦁ Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan 
⦁ Pentaksiran Tingkat Tiga (PT3)/Penilian Menengah  Rendah (PMR) atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred H11 : RM1,216.00)


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian ( sekurang-kurangnya Gred C) dalam Subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan .


Deskripsi Tugas:

⦁ Menjalankan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail , penghantaran dan daftar  surat dan dokumen.


*Sila baca arahan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 23 Januari 2023 (Isnin)




Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Selama

Latar Belakang

Ianya dikenalpasti beropersi semenjak awal 1950-an lagi. Pada tahun 1948, berlakunya darurat, maka wujud kawasan-kawasan perkampungan Melayu dan Cina dikawasan Redang Panjang, Bagan Baru, Sungai Terap, Kubu Gajah dan Rantau Panjang. Perkampungan Baru dinamakan untuk perkampungan Melayu dan Local Council untuk perkampungan Cina.

Pada tahun 1952, Majlis Daerah Selama lebih dikenali sebagai Lembaga Bandaran Selama (Town Board) dibawah Local Authorities Election Ordinance. Pada tahun 1953, Lembaga Bandaran Selama (Town Board) dikenali sebagai Majlis Tempatan yang meliputi semua kawasan (Kampung Baru dan Local Council) dibawah Local Council Ordinance.  Majlis Tempatan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan Ahli Jawatankuasanya adalah dari kalangan penduduk-penduduk tempatan yang dipilih melalui pilihanraya Kerajaan Tempatan. Semasa ini ianya bernaung secara langsung dibawah Kerajaan Negeri.

Pada 28hb. Oktober, 1964, Suruhanjaya Diraja dibawah Athi Nahappan telah ditubuhkan untuk menyiasat perjalanan Penguasa-penguasa Tempatan di Malaysia Barat. Salah satu cadangan yang telah dibuat iaitu mencantumkan antara Penguasa Tempatan dengan beberapa Penguasa Tempatan yang lain untuk menjadikan satu identiti.

Post a Comment