Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Sik - 15 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Majlis Daerah Sik | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Sik


Jawatan:

1. PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM)/PENOLONG JURUTERA GRED JA29 - TETAP

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) i) Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. atau
ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


2. PENGHANTAR NOTIS GRED N11 - TETAP

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta lesen memandu sekurangkurangnya Kelas B2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


3. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA - (PSH)

Syarat Lantikan:

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c) i) Sijil dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. atau
ii) Diploma dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu - Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


4. PEMBANTU AWAM - (PSH)

Syarat Lantikan:

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) warganegara Malaysia;
b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu - Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Memohon:

a) Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Bayaran, Majlis Daerah Sik pada waktu pejabat dengan bayaran wang proses RM 3.00.

b) Permohonan hendaklah disertakan bersama salinan Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, Sijil Persekolahan, Sijil Berhenti Sekolah dan dokumen yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran pasport. (Salinan sijil-sijil perlu mendapat pengesahan terlebih dahulu oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A Gred 41 dan ke atas (Kumpulan Pengurusan dan Profesional) / Pengetua Sekolah Menengah / Penghulu Mukim).

c) Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21 dan pastikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini disertakan bersama.

d) Permohonan berikut akan DITOLAK

i) tidak disertakan dokumen yang diperlukan ;
ii) tidak lengkap dan tidak terang;
iii) borang tidak ditandatangani ; dan
iv) tidak disertakan gambar.

e) Permohonan ini hanya sah selama 1 tahun dari tarikh iklan.


f) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 22sm. X 32sm. Disudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis jawatan yang dipohon.

g) Alamatkan permohonan kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH SIK
08200 SIK
KEDAH DARUL AMAN


Catatan Am:

Hanya calon-calon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.


*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan :  15 Januari 2023 (Ahad)




Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Sik

Latar Belakang

Sik sebenarnya berasal dari perkataan Arab “Syed”. Mubaligh-mubaligh Arab yang membuka penempatan ini. Mereka berhenti dan singgah dengan perahu di Lubuk Tok Keramat, Sg Chepir, berdekatan dengan stesen minyak Shell sekarang, di Pekan Sik.

Mereka telah mendirikan perkhemahan di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh. Tapak ini kemudian berkembang menjadi sebuah penempatan dan pondok yang pertama di Daerah Sik dan mungkin yang pertama di Negeri Kedah Darul Aman.

Padang Tok Sheikh sekarang ini terletak berhampiran dengan Masjid Pekan Sik dan sekarang ini dibangunkan sebagai Kompleks Pejabat Agama Daerah Sik, Kedah.

Perkataan “Sik” berasal dari “Syed” atau “Sheikh” dan jika disebut dalam loghat patani Kelantan, ianya berbunyi “Sik”. Sebutan di antara bunyi Sik dan Saik. Rombongan mubaligh itu berketurunan Wan Ibrahim Mekong.

Post a Comment