Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Bookmark

Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan - 7 Januari 2023

Jawatan Kosong 2023 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan


Jawatan Personel Malaysia Short-term Employment Programme (MySTEP) / Kontrak (CFS):

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan:-

1. AKAUNTAN / PEGAWAI KEWANGAN

2. ARKITEK

3. JURUGEOSPATIAL

4. JURUTERA

5. JURUTERA KIMIA

6. JURUTERA PERTANIAN

7. JURUUKUR BAHAN

8. PEGAWAI GEOSAINS

9. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA

10. PEGAWAI PERIKANAN

11. PEGAWAI PERTANIAN

12. PEGAWAI TADBIR

13. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN

14. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

15. PEGAWAI UNDANG-UNDANG

16. PEGAWAI VETERINAR


Diploma / Sijil / STPM / STAM dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan:-

1. PENOLONG AKAUNTAN

2. PENOLONG JURUGEOSPATIAL

3. PENOLONG JURUTERA

4. PENOLONG JURUUKUR

5. PENOLONG PEGAWAI GEOSAINS

6. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA

7. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA

8. PENOLONG PEGAWAI PERIKANAN

9. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN

10. PENOLONG PEGAWAI SENI BINA

11. PENOLONG PEGAWAI TADBIR

12. PENOLONG PEGAWAI TANAH

13. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKANAN

14. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

15. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG

16. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR


SPM / SPVM / SVM:-

1. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM

2. PEMBANTU KEMAHIRAN

3. PEMBANTU PENGUATKUASA

4. PEMBANTU SYARIAH

5. PEMBANTU TADBIR (P/O)


PT3 / PMR / SRP:-

1. PEMANDU KENDERAAN

2. PEMBANTU AWAM

3 .PENGAWAL KESELAMATAN


Syarat Lantikan AM:
  • warganegara malaysia.
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Kadar Upah:

Kadar upah berdasarkan jawatan sebagaimana berikut :

Ijazah Sarjana Muda - RM2000
Diploma / Sujil / STPM / STAM - RM1800
SPM / SPVM / SVM - RM1600
PT3 / PMR / SRP - RM1400

Kemudahan:
  • Cuti rehat - 12 hari / setahun
  • Cuti sakit - 14 hari / setahun
  • Perlindungan sosial - caruman kwsp dan perkeso

Tempoh Lantikan:

Satu (1) tahun (penyambungan akan dipertimbangkan berdasarkan kepada peraturan yang berkuatkuasa).


Cara Memohon:

Permohonan jawatan ini hendaklah diisi secara online sahaja. (link untuk memohon secara online ada disediakan di bawah)

Calon hanya dibenarkan memohon satu jawatan sahaja.


Maklumat Am:

Hanya calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga atau boleh dibuat pelantikan secara terus mengikut kesesuaian yang difikirkan munasabah. 

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas dua (2) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Pelantikan calon adalah tidak terikat dengan jawatan yang dimohon dan boleh sahaja ditawarkan apa-apa jawatan yang dianggap sesuai serta munasabah.


Keterangan Lanjut:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Blok 2, Aras 1,
Kompleks Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu

Seksyen Pembangunan Organisasi
(09) 747 0890
(09) 748 1957 samb. 2142 atau 2119


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 07 Januari 2023 (Sabtu), jam 11.59 malam




Jawatan Kosong 2022 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

Latar Belakang

Pada abad ke -19 hingga awal abad ke - 20 tugas – tugas kesetiausahaan seperti menulis surat – surat DiRaja dan surat – surat rasmi Kerajaan telah dilaksanakan oleh "Semian" (Tok Semian). Perkataan "Semian" berasal dari bahasa Siam yang bermakna "jurutulis" .Di akhir abad ke – 19 pejabat Semian terletak di bangunan panjang yang diperbuat daripada kayu di hadapan Istana Balai Besar dan dikenali sebagai "Opis Panjang" yang dibina pada awal pemerintahan Sultan Mansor(1891—1899).

Di awal  pemerintahan Sultan Muhammad IV (1899—1920) telah dibina sebuah bangunan kayu berbentuk empat persegi yang dikenali sebagai  "Opis Pohon Celagi". Pejabat Setiausaha Kerajaan juga pernah ditempatkan di Bangunan Takdir, Jalan Sultan Ibrahim, di sebelah Pejabat Pos Lama, Kota Bharu.
 
Semasa Pendudukan Jepun dalam tahun 1942 sebuah bangunan baru bagi Pejabat Setiausaha Kerajaan telah dipindahkan ke bangunan baru di Jalan Hospital / Jalan Doktor. Setelah siapnya bangunan baru di Kampung Puteh, Jalan Kuala Krai maka pada bulan Mac 1987, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan mulai ditempatkan di Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan.