Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Marang (MDM) - 31 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Majlis Daerah Marang (MDM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Marang (MDM)


Jawatan:

1. PENOLONG JURUTERA GRED JA291 kekosongan
Jadual Gaji : RM1,549.00 - RM5,701.00

2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 - 1 kekosongan
Jadual Gaji : N29 RM1,493.00 – RM5,672.00

3. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19 - 1 kekosongan
Jadual Gaji : H19 RM1,377.00 – RM4,052.00

4. PEMBANTU PENGUAT KUASA GRED KP19 - 4 kekosongan
Jadual Gaji : KP19 RM1,360.00 – RM4,052.00

5. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) GRED N19 - 2 kekosongan
Jadual Gaji : N19 RM1,352.00 – RM4,003.00


Syarat Lantikan Jawatan 1:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: -

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau

(ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02)

(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Lantikan Jawatan 2:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: -

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau

(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95); atau

(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Lantikan Jawatan 3:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: -

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,377.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24); atau

(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24)

(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Lantikan Jawatan 4:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: -

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau

(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80); 

dan (d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

(iv) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

(vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

(e) Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(c)(i), 1(c)(iii) atau 1(c)(iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Lantikan Jawatan 5:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: -

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80)

(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Memohon:

i) Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui laman web Majlis Daerah Marang di http://www.mdmarang.gov.my atau http://ekerja.mdmarangonline.gov.my (link admin sediakan di bawah)

ii) Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak urus setia di talian 09-618 2366.

iii) Tarikh Tutup Permohonan: 31 Januari 2023 (Jam 5.00 Petang)


Perhatian Kepada Pemohon:

1. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

2. Setiap pemohon MESTILAH memuatnaik gambar berukuran passport dan sijilsijil berkaitan. Kegagalan pemohon berbuat demikian akan menyebabkan PERMOHONAN TIDAK AKAN DIPROSES.

3. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

4. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan jawatan adalah dianggap Tidak Berjaya.

5. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memajukan permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan untuk tiga (3) tahun terkini. (Dokumen-dokumen berkenaan perlu dibawa semasa ditemuduga sekiranya terpilih)

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah





Jawatan Kosong 2023 di Majlis Daerah Marang (MDM)

Latar Belakang

Majlis Daerah Marang ditubuhkan pada 1 Januari, 1981 apabila semua Pentadbiran Penguasa Tempatan disusun semula. Semasa penubuhan Majlis Daerah Marang ianya meliputi dua (2) mukim sahaja iaitu Mukim Rusila dan Mukim Pulau Kerengga. Luas kawasannya ialah 43.10km persegi yang mengandungi 13 buah kampung.

Majlis Daerah Marang diterajui oleh dua orang Pegawai Tadbir Negeri di bawah perkhidmatan pentadbiran dan sokongan (Pengurusan dan Profesional) yang menyandang jawatan Yang Di Pertua dan Setiausaha Majlis. Di samping itu, segala dasar-dasar dalam pentadbiran Majlis ditentukan oleh satu Lembaga yang terdiri daripada Ahli-ahli Majlis seramai 25 orang termasuk Yang Di Pertua yang dilantik mengikut Seksyen 16 Akta 171 Kerajaan Tempatan 1976.

Post a Comment