Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) - 25 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS)


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
Setaraf Diploma / Gred FA29

Jadual Gaji & Elaun FA29
Gaji Minimum : RM 1,549.00
Gaji Maksimum: RM 5,684.00  
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) - RM 160.00
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) - RM 300.00
Bantuan Sara Hidup (COLA) - RM 350.00
Kenaikan Gaji Tahunan - RM 145.00

Skim Perkhidmatan : Pelaksana

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana Berkelayakan STPM / Diploma

Klasifikasi Perkhidmatan : Sistem Maklumat (F)

Syarat Lantikan:

a) (i) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau  [ Gaji Permulaan FA29: RM1,549.00 ] atau

(ii) Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau [ Gaji Permulaan FA29: RM1,549.00 ] atau

(iii) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau [ Gaji Permulaan FA29: RM1,855.00 ] atau

(iv) Diploma dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau [ Gaji Permulaan FA29: RM1,929.89 ] dan  

b) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab dalam merancang dan mengurus hal-hal berkaitan pembangunan sistem / aplikasi / modul, melaksanakan hal-hal berkaitan penyelenggaraan aplikasi, pembangunan sistem aplikasi, pengurusan Laman Web Rasmi MSNS dan pengurusan multimedia.


2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR
Setaraf Diploma / Gred N29

Jadual Gaji & Elaun FA29
Gaji Minimum : RM 1,493.00
Gaji Maksimum: RM 5,672.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) - RM 160.00
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) - RM 300.00
Bantuan Sara Hidup (COLA) - RM 350.00
Kenaikan Gaji Tahunan - RM 145.00

Skim Perkhidmatan : Pelaksana

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana Berkelayakan STPM / Diploma

Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan (N)

Syarat Lantikan:
a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau [ Gaji Permulaan N29: RM1,493.00 ] atau

(ii) Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [ Gaji Permulaan N29: RM1,493.40 ] atau

(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan [ Gaji Permulaan N29: RM1,770.95 ] dan

b) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan konsuler dan penguatkuasaan undang-undang.


Cara Memohon:

(a). Semua permohonan hendaklah dibuat dengan memuat turun Borang Permohonan Jawatan di www.msnselangor.gov.my. (link borang admin ada sediakan di bawah)

(b). Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Majlis Sukan Negeri Selangor beserta dengan dokumen-dokumen sokongan seperti di perenggan (c) di bawah:
(c). Semua permohonan hendaklah disertakan sekeping gambar berukuran paspot, salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa serta sijil lahir, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

(d). Sila tulis nama jawatan di sebelah atas kiri sampul surat.

(e). Semua salinan sijil hendaklah diakui sah.

(f). Permohonan yang berikut akan ditolak/tidak akan diproses jika:

- tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan
- tidak lengkap atau tidak terang
- tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan
- tidak besertakan gambar dan
- tidak ditandatangani

(g). Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

Pengarah Eksekutif
Majlis Sukan Negeri Selangor
Aras 3, Kompleks Generasi Muda Dan Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

(h). Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi saringan yang      dijalankan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

(i). Pemohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak    dihubungi dalam tempoh berikut: 
- Selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau
-  Selepas 6 bulan dari tarikh temuduga (sekiranya berjaya dipanggil temuduga)

(j). Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi pihak                                       

Urus setia melalui telefon atau melalui email berikut:
- urusetia : 03-5510 9063
- email : admin@msnselangor.gov.my


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 25 Januari 2023 (Rabu) jam 5.00 petang.




Jawatan Kosong 2022 di Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS)

Latar Belakang

Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) telah ditubuhkan mengikut Akta 29 Jadual Kedua, Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971. Majlis ketika itu bernaung di bawah Kerajaan Negeri dan ditadbir oleh kakitangan yang dipinjamkan dari jabatan–jabatan Kerajaan Negeri dan mendapat geran tetap daripada Kerajaan Negeri Selangor. Majlis telah terus berkembang dan pada tahun 1986 Majlis telah menyusun semua perjawatannya dengan menambah bilangan kakitangannya.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurus MSNS Bil. 3/91 bertarikh 27hb Ogos 1991 yang di pengerusikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar selaku Pengerusi Majlis Sukan Negeri Selangor ketika itu telah bersetuju supaya MSNS ditadbir secara swasta atau diswastakan dengan tiada geran atau peruntukan tetap Kerajaan Negeri Selangor tetapi menjana pendapatan melalui beberapa projek penswastaan.

Majlis terus berkembang membangunkan kemudahan sukan dan pembangunan atlit serta pelaburan perniagaan anak–anak syarikat dan sesuai dengan perkembangan itu, Majlis sekali lagi telah menyusun semula organisasi mulai 1994 dan ianya digunapakai sehingga 2000.

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) melalui Kertas MMK No. 35/1/2000 yang bersidang pada 5hb Januari 2000 telah bersetuju supaya MSNS disusun semula seterusnya ditukar status kepada Badan Berkanun Negeri.

Post a Comment