Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di National Institutes Of Biotechnology Malaysia (NIBM) - 3 Februari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di National Institutes Of Biotechnology Malaysia (NIBM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di National Institutes Of Biotechnology Malaysia (NIBM)


Positions:
 
1. PENOLONG PENGURUS GRED 7
(Bahagian Audit Dalam)

Deskripsi Tugas:

1. Membangunkan dan membuat semakan berkala polisi / garis panduan / prosedur / dokumen rujukan berkaitan Internal Audit Department (IAD);

2. Merancang dan membuat penambahbaikan IAD;

3. Memantau aktiviti dan progress kakitangan IAD dan juga progress IAD secara keseluruhan;

4. Menyediakan dan mendapatkan kelulusan Board Audit Committee (BAC) perancangan tahunan audit dalam, keperluan bajet tahunan, keperluan kakitangan dan latihan di IAD;

5. Melaksanakan pengauditan dalaman dan pemantauan susulan ke atas pengurusan operasi, perakaunan, kewangan NIBM dan lain-lain yang berkaitan;

6. Menjalankan siasatan dalaman / case study mengikut keperluan;

7. Mengurus, memantau dan membuat penilaian ke atas pelaksanaan pengurusan risiko dan kawalan dalaman di NIBM;

8. Menyediakan dan membentangkan kepada BAC laporan audit dalam, laporan tahunan IAD, laporan penilaian pengurusan risiko dan lain-lain laporan berkaitan;

9. Menguruskan dan menyelesaikan penemuan audit oleh pihak luar;

10. Menguruskan mesyuarat Bersama BAC bagi tujuan pembentangan laporan berkaitan, pelaporan aktiviti dan isu-isu IAD dan lain-lain berkaitan;

11. Menyediakan dan mengatur program kesedaran yang berkaitan kepada kakitangan NIBM;

12. Menyediakan engagement session dengan kakitangan NIBM bagi penyampaian maklumat berkaitan IAD;

13. Menyediakan khidmat nasihat dan memastikan prosedur bersesuaian diwujudkan dan dipatuhi di NIBM;

14. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Kelayakan dan pengalaman:

1. Warganegara Malaysia;

2. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan atau Kewangan atau yang setara atau yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya; dan

3. Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang Perakaunan / Kewangan dan Audit Dalam;

4. Mempunyai pengalaman dalam penyediaan laporan dan analisis berkaitan, boleh memberikan pendapat dan pandangan relevan dari aktiviti audit, penilaian dan khidmat nasihat; dan

5. Mempunyai pengetahuan dalam pengurusan Bahagian Audit Dalam, tadbir urus, Integriti, Perolehan dan lain-lain yang berkaitan adalah merupakan satu kelebihan.


2. PENOLONG EKSEKUTIF AUDIT DALAM GRED 14

Deskripsi Tugas:

1. Membantu dalam proses pelaksanaan pengauditan dalaman dan susulan audit;

2. Membantu dalam proses mendapatkan dan mengemaskini maklumat dan bukti-bukti hasil auditan;

3. Membantu dalam proses penilaian pelaksanaan pengurusan risiko dan kawalan dalam di syarikat;

4. Membantu dalam proses penyediaan laporan berkaitan di Internal Audit Department (IAD);

5. Membantu dalam proses pengurusan di IAD berkaitan mesyuarat, surat menyurat, dokumen, fail dan lain-lain yang berkaitan;

6. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Kelayakan dan pengalaman:

1. Warganegara Malaysia;

2. Diploma Perakaunan atau Kewangan atau yang setara atau yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya; dan

3. Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam bidang Perakaunan / Kewangan;

4. Mempunyai pengetahuan dalam penyediaan laporan dan

5. Mempunyai pengetahuan dalam urusan Kewangan dan Perolehan serta Audit dalam adalah merupakan satu kelebihan.


Cara Memohon:

Calon-calon yang memenuhi keperluan dan syarat-syarat kelayakan yang tertera di atas dijemput menghantar resume yang lengkap dengan menyertakan butir-butir peribadi, kelayakan serta pengalaman, nombor telefon untuk dihubungi, salinan sijil-sijil berkaitan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

JABATAN SUMBER MANUSIA DAN PENTADBIRAN,
NATIONAL INSTITUTES OF BIOTECHNOLOGY MALAYSIA,
Pejabat Pentadbiran, Aras 1,
Kompleks Agro-Biotechnology Institute (ABI),
d/a Ibu Pejabat MARDI, 43400 Serdang, Selangor.

Tel: 03-8949 5620
Emel:recruitment@nibm.my

Hanya calon-calon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh tutup : 03 Februari 2023 (Jumaat)




Jawatan Kosong 2021 di National Institutes Of Biotechnology Malaysia (NIBM)

Company Overview

The government of Malaysia has identified biotechnology as another potential area to be the engine of growth. In 2002, three interim laboratories - Genomic & Molecular Biology; Agro-Biotechnology; and Pharmaceuticals & Nutraceuticals were established to provide research infrastructure for the 8th Malaysia Plan for National Biotechnology Agenda  led by the Biotechnology Cooperative Centres (BCCs).

Post a Comment