Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
HTML5 Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Parlimen Malaysia - 31 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Parlimen Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Parlimen Malaysia


Jawatan:

1. PEREKA GRED B19 (MySTEP)

1.1 Jawatan/ Gred : Pereka Gred B19
1.2 Kementerian/ Jabatan : Parlimen Malaysia
1.3 Taraf Jawatan : Kontrak (Personel MySTEP)
1.4 Kekosongan : Satu (1)
1.5 Kadar Upah : RM1,700.00

Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

Warganegara Malaysia;

Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 50 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

Mempunyai pengalaman dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik;

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan;

Keutamaan diberikan kepada calon yang berkebolehan dalam tugastugas seperti berikut:

i. Kreatif dalam menyediakan reka bentuk dan susunan (lay-out) grafik.

ii. Berkemahiran dalam membuat liputan video bersuara atau tidak, serta membuat pengambaran rancangan khas.

iii. Mahir menggunakan perisian Adobe Illustration, Adobe Photoshop dan perisian yang berkaitan.

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga dan calon yang dipanggil temu duga perlu membawa satu (1) salinan Sijil Vaksinasi COVID-19 yang lengkap.


2. PEGAWAI PENERANGAN GRED S29 (MySTEP)

1.1 Jawatan/ Gred : Penolong Pegawai Penerangan Gred S29
1.2 Kementerian/ Jabatan : Parlimen Malaysia
1.3 Taraf Jawatan : Kontrak (Personel MySTEP)
1.4 Kekosongan : Satu (1)
1.5 Kadar Upah : RM1,900.00

Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

Warganegara Malaysia;

Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 50 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

Mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam menguruskan penyelarasan majlis/program, melaksanakan program perhubungan awam, membantu pengurusan lawatan rasmi institusi dan kebolehan dalam pengucapan awam;

Berpengalaman dalam melaksanakan penerbitan-penerbitan bercetak dan digital secara berkala (Majalah, Buku Kecil, Laporan Tahunan, Koleksi Ucapan); dan

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga dan calon yang dipanggil temu duga perlu membawa satu (1) salinan Sijil Vaksinasi COVID-19 yang lengkap.


Cara-cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun secara online di Portal Rasmi Parlimen Malaysia (www.parlimen.gov.my). (admin ada sediakan link di muatturun borang di bawah)

Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan), Resume, salinan Sijil Kelahiran, Salinan MyKad, salinan Kelulusan Akademik, salinan Perakuan Perkhidmatan Pegawai terdahulu dan salinan Sijil Berhenti Sekolah serta dokumen sokongan yang berkaitan. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas).

Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

KETUA PENTADBIR
PARLIMEN MALAYSIA
ARAS 4, BLOK AHLI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN
JALAN PARLIMEN
50680 KUALA LUMPUR
(u.p: Seksyen Pengurusan Sumber Manusia Dan Inovasi) 


Catatan Am :

i. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

ii. Jika terdapat sebarang pertanyaan dan kemusykilan sila hubungi Puan Saimunira di talian 03-26036886 atau Cik Fitrah Suraya di talian 03-26036148.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh tutup : 31 Januari 2023 (Isnin)




Jawatan Kosong 2022 di Parlimen Malaysia

Latar Belakang

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini. Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (Pentadbiran).

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Berdasarkan kepada peruntukan ini Negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Post a Comment