Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) - 31 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM)


Jawatan:

1. PEMANDU KENDERAAN GRED H11

(a) (Kekosongan Jawatan: 5)
(b) Kementerian / Jabatan / : Majlis Daerah Tanjong Malim / Badan Berkanun/Kuasa Tempatan
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Kemahiran (H)
(e) Jadual Gaji : Minimum RM 1,218.00 – Maksimum RM 2,939.00

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;

(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(ii) lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan
[kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan

(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
- Lesen D : RM 1,264.15
- Lesen E/E1/E2 : RM 1,310.30
- Lesen F/H : RM 1,356.45
- Lesen G/I : RM 1,402.60


2. PEMBANTU OPERASI N11

(a) (Kekosongan Jawatan: 1)
(b) Kementerian / Jabatan / : Majlis Daerah Tanjong Malim / Badan Berkanun/Kuasa Tempatan
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan (N)
(e) Jadual Gaji : Minimum RM 1,216.00 – Maksimum RM 2,983.00

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;

(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM 1,216.00); dan

(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM 1,262.15).


3. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U19

(a) (Kekosongan Jawatan: 3)
(b) Kementerian / Jabatan / : Majlis Daerah Tanjong Malim / Badan Berkanun/Kuasa Tempatan
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perubatan dan Kesihatan (U)
(e) Jadual Gaji : Minimum RM 1,360.00 – Maksimum RM 4,052.00

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Kelayakan lantikan untuk kegunaan di Pihak Berkuasa Tempatan).
(Gaji permulaan ialah pada Gred U19: RM1,360.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U19: RM1,418.12); atau


4. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29/U32

(a) (Kekosongan Jawatan: 5)
(b) Kementerian / Jabatan / : Majlis Daerah Tanjong Malim / Badan Berkanun/Kuasa Tempatan
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perubatan dan Kesihatan (U)
(e) Jadual Gaji : Minimum RM 1,797.00 – Maksimum RM 5,753.00

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;

(c) (i) Diploma dalam bidang kesihatan persekitaran yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan : RM 1,797.00); atau


Cara memohon:

i. Permohonan jawatan yang ditawarkan hendaklah dipohon secara atas talian (online) melalui sistem permohonan jawatan kosong di https://digital.perak.my/penjawatan/ (link admin ada sediakan di bawah)

ii. Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan disahkan beserta dengan salinan sijil dan transkrip atau keputusan peperiksaan yang telah diperolehi, kad pengenalan, sijil kelahiran yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport.

iii. Permohonan daripada calon-calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan / Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masingmasing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21. Permohonan yang tidak menurut peraturan dalam borang akan ditolak.

iv. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada:-

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Tanjong Malim
Peti Surat 59,
35900 TANJONG MALIM


Catatan Am:

i. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

ii. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ini ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2023 (Selasa)


Jawatan Kosong 2021 di Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM)

Latar Belakang

1904
Pihak Berkuasa Tempatan ketika ini dikenali sebagai Batang Padang Sanitary Board dan diwartakan dibawah Warta Kerajaan No.1077/1904.

1923
Cawangan baru diwujudkan di bawah kawalan Batang Padang Sanitary Board yang dikenali sebagai Tanjong Malim Sanitary Board (TMSB) bertempat di Jalan Raja Itam ,Tanjong Malim.

1958
TMSB dirombak semula menjadi cawangan-cawangan kecil iaitu Majlis Bandaran Tanjong Malim, Lembaga Bandaran Trolak dan Majlis Tempatan (Slim River,Slim Village,Behrang Stesyen & Behrang Ulu).

1975
Penguasa-penguasa Tempatan yang terdiri dari Tanjong Malim,Trolak, Slim River,Slim Village, Behrang Stesyen dan Behrang Ulu disusun semula oleh Kerajaan Negeri dan setiap satu diberi nama lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (LPKT).


Post a Comment