Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) - 9 Februari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan keutamaan kepada Rakyat Pulau Pinang yang berkelayakan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) seperti di dalam iklan.


Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR / PENSYARAH (MULTIMEDIA) N41

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM2,080.00
Gaji Maksimum : RM 9,546.00

Syarat Lantikan:

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) i. ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

ii. ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

iii. Mempunyai 1 tahun pengalaman / kemahiran dan kemampuan mengajar bidang-bidang berkaitan seperti yang dinyatakan.

iv. Mempunyai pengetahuan dalam sistem pembelajaran berteraskan hasil pembelajaran (OBE)


2. PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (FESYEN) DV19

Kadar Upah : RM 1,600.00/bulan

Syarat Lantikan:

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau

(d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah

Join Media Sosial Kami : Klik Sini

Tarikh Tutup Permohonan : 09 Februari 2023 (Khamis)





Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

Latar Belakang

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah ditubuhkan pada 1 JUN 1983 dibawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Akta 282.

Sejarah penubuhan PERDA bermula dengan satu cadangan Kertas Kerja Jemaah Menteri untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan Pertanian Pulau Pinang (PADA) pada 3 Mac 1982. Seterusnya pada 1 Disember 1982 satu Kertas Jemaah Menteri disediakan untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

Pada 10 Disember 1982 Rang Undang-Undang Penubuhan PERDA telah dibentang dan diluluskan di Parlimen sebagai Akta 282. Akta ini telah diwartakan pada 10 Mac 1983.

Post a Comment