Tjp9mgLryeJXitBMITCspm9yqHIXcaOTWeel9Pl4
Sila klik Like dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) - 20 Januari 2023

Post a Comment
Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC).


Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29

Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Jadual Gaji RM 1,493.00 (Minimum) RM 5,672.00 (Maksimum)
Kadar Elaun Imbuhan Tetap Perumahan RM160.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM300.00
Bantuan Sara Hidup RM350.00


Syarat Wajib Permohonan:

i. Warganegara Malaysia;

ii. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan; dan

iii. Kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM


Syarat Lantikan:

Tahap Pendidikan : Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Bidang/ Kelayakan Khusus : Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Gaji Permulaan RM1,493.00
ATAU

Tahap Pendidikan : Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Bidang/ Kelayakan Khusus : Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Gaji Permulaan RM1,493.00
ATAU

Tahap Pendidikan : Sijil Matrikulasi KPM
Bidang/ Kelayakan Khusus : Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Gaji Permulaan RM1,493.00
ATAU

Tahap Pendidikan : Diploma
Bidang/ Kelayakan Khusus : Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
Gaji Permulaan RM1,770.95
DAN

Syarat Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat SPM/SVM
Bidang Keutamaan : Pengurusan Tanah, Pengurusan Pejabat, Pengurusan Aset,
Pentadbiran Awam

Syarat Lantikan Tambahan : Mempunyai 1 hingga 2 tahun pengalaman dalam pengurusan hartanah.

Deskripsi Tugas:

a) Melaksanakan aktiviti sewaan tanah/ bangunan/ kiosk/ gudang/ yad/ pushcart dan pajakan tanah di atas tanah hakmilik RAC; dan

b) Melaksanakan aktiviti pemutihan setinggan kediaman dan komersial di atas tanah RAC.


Cara Memohon:

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui capaian : https://apps.rac.gov.my/ejawatan (link admin ada sediakan melalui link di bawah)


Lokasi Pejabat:

Perbadanan Aset Keretapi, Tingkat 16, IOI City Tower 2, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya,
Sepang, Selangor


Tarikh Tutup Iklan:

Permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 20 Januari 2023 pukul 12.00 tengah hari. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.


Pertanyaan:

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-8939 0200 atau emel ke jobs@rac.gov.my


Catatan Am:

i. Hanya calon yang melepasi syarat dan kriteria permohonan akan dipanggil untuk temu duga.

ii. Permohonan yang tidak menerima panggilan temu duga selepas 6 BULAN daripada tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan anda tidak berjaya.

iii. TEMPOH SAH LAKU permohonan adalah selama 6 bulan daripada tarikh tutup iklan. 


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah





Jawatan Kosong 2021 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

Latar Belakang

Perbadanan Aset Keretapi (yang dahulu dikenali dengan akronim PAK) atau RAC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) melalui Warta Kerajaan No.16, Jilid 36 pada 30 Julai 1992. Perbadanan ini mula beroperasi secara rasminya sebagai sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 serentak dengan pengkorporatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Post a Comment